Categories
Uncategorized

6 Kelebihan Kain Como Crepe

Assalamualaikum #qasreenalover  semua,. ..😘😘

Kali ni Mama Reen nak kongsi pula sikit sebanyak tentang kelebihan kain como crepe, apa eh kain como crepe ni? tak tau kan? ok Mama Reen kongsi pada semua yer😉😉😉.

Pasti setiap orang nak cari pakaian yang selesa kan, supaya bila kita pakai pakaian tersebut tak panas dan boleh tahan lama, Haa kalau korang pilih material jenis Como crepe ni, memang korang tak menyesal lah, sebab apa? Mehh kita tengok mengapa..



  • Material yang lembut dan selesa walaupun dipakai sepanjang hari 👍
  • Material yang tidak panas dan bersifat ‘breathable’📛
  • Kain yang tidak jarang dan melekat. Jadi tak perlu pakai inner❌
  • Material yang “less ironing”. Hanya ‘minimal ironing’ sahaja✅
  • Material yang “Easy washable”🤗
  • Nampak effect kurus. Kain como crepe yang berat membuat si pemakai nampak kurus😍

Kalau uolls nak tahu rasa macam mana bila pakai como crepe ni , meh try Nini blouse by Qasreeena. Serius ramai customer bagi feedback selesa sangat pakai Nini Blouse ni.  Barulah dah kenal dan jatuh cintaa 😘😍

Nini Blouse by Qasreena

Categories
Uncategorized

9 Tips Menghadapi Cuaca Panas

Hai Assalamualaikum Qasreena lovers. 😍🤗 Mama Reen harap u alls semua sihat-sihat belako yer. Bukan nya apa sekarang musim panas, ada negeri telah berada di zon merah suhu mencecah 37°C, tinggi kan? Nak buat aktiviti luar pun perlu berfikir banyak kali. Bahang kepanasan tu terasa sampai ke malam. Nak tidur pun kadang-kadang tak selesa, memikirkan bahang panas dalam rumah. Jadi, disebabkan cuaca sangat panas sekarang ni Mama Reen nak share tips bagaimana nak hadapi cuaca panas. Moga memanfaat pada semua. 😊

 

1. Jangan berjemur di tengah panas

Elakkan aktiviti yang terdedah dengan matahari terik dan berjemur kerana ia dapat mengakibatkan kanser kulit dan kesan penuaan kulit bagi jangka masa yang panjang.

 


2. Banyakkan minum air kosong

Banyakkan minum air kosong untuk mengekalkan kecerdasan waktu musim panas dan dapat membantu mengurangkan dehidrasi waktu musim panas.

 

3. Pakai topi atau payung yang bersaiz besar

Pemilihan topi atau payung yang bersesuaian pada musim panas juga amat membantu dalam menghadapi cuaca panas kerana dapat menghalang dari cahaya matahari terkena kita secara direct.

 

4. Kurangkan aktiviti luar

Kurangkan aktiviti luar pada waktu siang kerana hal ini dapat mengurangkan peningkatan suhu badan jika melakukan aktiviti extreme. Ia juga dapat mengelakkan anda terkena strok haba jika badan tidak dapat menampung suhu yang berlebihan.

5. Berehat dengan kerap di tempat yang teduh dan sejuk

Lebihkan aktiviti indoor bersama keluarga atau rakan-rakan dan dapat mengelak anda terdedah dengan terik matahari dan terkena strok haba.

 

6. Buka tingkap rumah atau kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan

Membuka tingkap adalah untuk pengudaraan yang bagus di dalam rumah. Untuk mengelakkan anda menjadi tidak selesa apabila berada di dalam rumah.

 

7. Memakai pakaian yang berwarna terang dan longgar

Pilih pakaian yang nipis diperbuat daripada kain kapas atau linen ketika musim panas untuk mengelakkan dari berpeluh secara berlebihan akibat cuaca panas.

8. Gunakan losyen pelindung matahari

Losyen pelindung matahari amat penting untuk kulit. Kulit yang terdedah dengan cahaya matahari tanpa pelindungan losyen sunblock ini amat berisiko untuk terkena kanser kulit atau merosakkan kulit.

9. Minum minuman isotonik atau air kelapa

Minuman isotonik dan air kelapa mengandungi gabungan air, gula dan eloktrolit yang sesuai untuk sistem hidrasi badan manusia. Ia dapat menggantikan air, garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh. Minuman ini amat disarankan untuk mengembalikan suhu badan kepada paras normal.

 

Categories
Uncategorized

Minta Maaf dan Memaafkan

Haiii Assalamualaikum Qasreena lovers.. 😍😍

Wah pejam celik pejam celik dah masuk pertengahan bulan 3 dah !! Cepat nyee masa berlalu..🙀🙀 Alahai umur kita pun makin meningkat kan.. Pastu kalau korang perasan setiap hari kita akan berurusan di antara satu sama lain. Kemungkinan untuk salah faham itu akan ada. Sebolehnya kita akan cuba mengelak perkara demikian dengan menjaga adab, berkata dengan perkataan yang baik dan jika mahu menegur pun, biarlah pada waktu yang sesuai.

Namun bagaimana jika terjadi juga salah faham? Haa Mama Reen sendiri pun risau bab2 salah faham ni boleh gaduh kann..?? Jadi bila kita renungkan balik Allah dah remind pada kita.. Ada ayat quran yang mengatakan….

“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” 

(Surah Al-Hujurat: 10)

So apa kita perlu buat? Jangan bergaduh.. Saling lah bermaafan.. Korang nak tau meminta maaf tu adalahhh... Sifat yang berani tauu..Adalah penting untuk kita menjaga hati orang lain. Itu adalah tanggungjawab. Namun kita tidak akan dapat lari daripada kesilapan. Kita perlu akui hakikat itu.

Jangan menunda untuk momohon maaf kerana hal-hal esok tidak dapat dijangka. Cara terbaik adalah bercakap secara berdepan serta akuilah kesalahan kita. Tidak rugipun jika kita berdepan dengan kebenaran. Apa yang penting kita berusaha memperbaiki ukhwah tersebut dan mahu cuba perbaiki kesilapan diri untuk tidak lagi mengulanginya.

Hidup adalah seketika sahaja. Jadi, tiada gunanya untuk kita bergaduh lama-lama. Ikhlaskan meminta maaf dan beri masa pada orang untuk memaafkan kita. Perasaan adalah sesuatu yang tidak boleh dipaksakan, jadi doalah yang baik-baik untuk masa depan yang lebih baik.



Namun bagaimana jika hati kita pula yang terluka? Haaa camna eh?? 🤔

Mahukah aku ceritakan kepadamu mengenai sesuatu yang membuat Allah memuliakan kedudukan dan meninggikan darjatmu? Para sahabat menjawab; tentu. Rasul pun bersabda; Kamu harus bersikap sabar kepada orang yang membencimu, kemudian memaafkan orang yang berbuat zalim kepadamu, memberi kepada orang yang memusuhimu dan juga menghubungi orang yang telah memutuskan silaturahim denganmu.” 

(Hadis riwayat al-Thabrani)

Rasulluallah dah mengatakan sentiasa memaafkan. Memaafkan adalah sifat orang yang kuat. Sesekali ubahlah sudut pandang kita (jika berada di tempat orang lain) kerana hakikatnya kita juga mahu dimaafkan. Bersikaplah dengan sikap positif untuk lebih tenang dan cekal dalam menghadapi hidup. Ikhlaskan. Lakukan kerana kita tahu memaafkan adalah sifat yang mulia dan Allah suka.

Jangan hidup pada masa lalu, ada perkara yang perlu kita lepaskan untuk menemui hari baru yang lebih baik. Kelebihan orang yang memaafkan orang lain ini adalah mendapat kecintaan dan keampunan daripada Allah serta mendapat pembelaan daripada-Nya. Siapa tahu dengan memaafkan seseorang akan membuka pintu rahmat yang lebih besar untuk kita dan orang di sekeliling kita kelak. Insya-Allah.

Sesungguhnya sesuatu nikmat itu selalu datang melalui jalan yang tidak disangka-sangka.

Dan bersegeralah kamu mencari ampunan daripada Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan.

(Surah Ali-Imran: ayat 133-134)

Islam adalah agama kasih sayang. Jadi, Mama Reena nak pesan mulakan hari ini dengan memohon maaf jika rasa ada kesilapan dan belajarlah memaafkan. Mudah-mudahan kita semua menjadi hamba-Nya yang bertaqwa

NEW EDITION by QASREENA!!✨✨

Categories
Uncategorized

Mix and Match Outfits

Assalamualaikum #qasreenalover  semua,. ..😘😘

Kali ni Mama Reen nak kongsi pula sikit sebanyak tentang mix and match outfits iaitu padanan pakaian mengikut suka hati hahaha 😂 . Ok, mix and match ni akan menampakkan seseorang itu Simple & Elegan. Betul tak ?😉😉😉.

Korang mesti rimas dan tak selesa kan setiap hari nak kena pakai benda yang sama, hrmmm tapi dengan adanya perkataan mix and match outfits ni, korang jangan risau kalau  pakai baju campur-campur pun nampak cantik ape, tapi nak padankan baju pun kene tengok atas pakaian jugak gais, hahaha jangan main hentam je kan tak pasal-pasal jadi kek lapis, kalau kek lapis betul tak pe boleh juga makan, ini makan tak dapat malu yang dapat, sebab apa? sebab kene kutuk hahaha… 🤔🤔

Korang perlu pilih pakaian berwarna cerah yang sesuai dengan musim tau. Okay, sekarang kan musim tak menentu, kejap hujan, kejap panas. So,kalau sebut tentang hujan ni pasti ramai yang pakai sweater betul tak? sweater juga sangat berguna untuk menghangatkan badan korang, tapi sekarang tak kira dah musim ape tren sekarang padanan sweater boleh dipakai bila-bila masa👍👍👍.




BACA YE👇👇;

(1) Korang cuba padankan sweater dengan seluar jean dan padankan dengan topi, agar tak nampak membosankan dengan penampilan korang.

(2) Untuk ke pejabat korang boleh pakai sweater juga,Why not kan!! korang boleh padankan kemeja serta sweater sebagai outer-nya, and boleh guna juga chino pants serta high heels agar nampak lagi menonjol penampilan korang.

(3) Untuk tampil girly menggunakan sweater? boleh jew korang boleh kombinasikan flowers print sweater, flare skirt, flat shoes, and this match perfectly, you can try dear. 😍😍

(4) Siapa cakap cardigan dah lapuk dek zaman hah!! jangan salah nilai ok, walaupun tak popular denim atau pun bomber jacket, outfits yang satu ni tak akan pernah hilang dari para pencinta fashion tau. Terbukti cardigan tetap menjadi salah satu outfits yang akan dipilih ketika korang ingin bergaya santai dan tak terlalu over. Cardigan dengan gayanya yang simple dan tak panas boleh dipakai sebagai alas  luaran baju.

                                            

                                  Airis Cardress                                      Batrisya Cardress                               Jasmin Cardress

Categories
Uncategorized

8 Cara Rasulullah Berniaga Yang Boleh Kita Contohi

Assalamualaikum #qasreenalover..😘😘 Memandangkan hari ni adalah hari Jumaat iaitu hari penghulu hari mama Reen nak kongsi 8 cara Rasulluah berniaga yang you alls boleh contohi.. Haa moga ilmu kali ini bermanfaat pada semua..

Semua orang tau kan apa pekerjaan Rasullullah kan? Kalau ada yang kurang tau meh mama Reen cerita sikit.. Rasulullah adalah seorang ahli perniagaan yang hebat. Pada suatu ketika di waktu berniaga, Rasulullah telah memperoleh keuntungan lebih dari usahawan-usahawan lain dalam rombongan yang sama. Oleh kerana kehebatan Rasulullah saw dalam perniagaan, Baginda berjumpa dengan isterinya, Siti Khadijah (yang juga seorang usahawan unggul) ketika berumur 25 tahun. Haa korang yang berniaga tu mana tau kot2 nanti jumpa jodoh macam Rasulluah kan2..Cewahh berangan…hihi..Tak salah nak berangan.. Jadilah seperti Rasulluah amalannya moga kita dapat mengikuti sunnahnya..



 

Contohi Rasulullah dengan 8 cara beliau menguruskan perniagaan iaitu:

Categories
Uncategorized

Bagaimana Personaliti Membentuk Keyakinan Diri Seseorang ?

Assalamualaikum lovers Mama Reen 🤗 #qasreenalovers #qasmenlovers

Mama Reen nak share benda penting ni ! BAGAIMANA PERSONALITI MEMBENTUK KEYAKINAN DIRI SESEORANG ? halahhhh senang jelah topik ni !! ewahhhhh 🤔 yeke kacang goreng je title ni ? nak tahu ? jom kita teroka 😎



Apa guna berwajah ayu dan berupa taman , tapi personaliti diri tak menawan  😲 ? haa kome semua tau tak apa maksud PERSONALITI tu ? oklahhh Mama Reen kasi tau .. Personaliti bermaksud keperibadian dan perwatakan seseorang ..  haa apa pulak kena mengena dengan topik harini ? ehhhh mestilah kena mengena! cuba awokk semua bayangkan , kalau kita jumpa dengan orang yang berpersonaliti yang baik , haaa mesti aura positif dia terbawak bawak kannn 😚🤩 .. Ha apa pulak kalau sebaliknyaa ??? haihh paham2 la kann 🤭

tiba tiba Mama Reen teringat duluu cikgu Mama Reen pernah kata ” orang yang berpersonaliti hebat dia akan membuatkan orang lain berasa hebat bila berada dekat dengan orang tu “😍

Nak lebih yakin ? Tak mahu di pandang rendah ? Okay lets start 😜 !!

1) Berhenti bandingkan kelebihan orang dengan kelemahan diri sendiri .

Kenapa lemah dan tak yakin dengan kekuatan diri sendiri ? ” alah dia lagi cantik , dia lagi bagus ” hmm ..  Akhirnya , kita pasti rasa kurang yakin dengan diri sendiri . haihh🤔 sepatutnya kann !! Apabila kita dah jumpa satu kekurangan , kita cuba pulak ubah untuk jadi lebih baikk . apa salahnya kan ? Kelebihan patutnya dipadankan dengan kelebihan juga tau 🤪. Malah , sepatutnya dijadikan kelebihan sebagai pemangkin semangat kitaa untuk bangkit !! haaa ada macam gaya PM dokk ? 🤣hahaha Mama Reen pun nak selit jugokkk lah hihihi 🤭.. bak kata doktor kan , ” Otak manusia belajar melalui imitasi dan repitasi ” Jadi ,kalau kita nampak sesuatu kelebihan pada orang lain , tiru dan ulang sampai kita pun sama-sama ada kelebihan itu . Tak rugi tau ! Belum cuba belum tau ! Baru semangottt !😁

 

2)Sentiasa berfikiran positif

Positif?? yupp! haa spread positivity laaa orang kata! Bukan sikit2 ehhhh not biasa biasa tapii ! biar pikir positif tu kalah gunung lahh 🤣 sebab apa ?? berfikiran positif akan membantu diri kita tetap yakin dengan diri kita sendiri👍😎  ha buekpo laa ekaw buang maso pikir yang buruk2 !! So! Dengan yakin , sila buang negatvity okayy ! #qasreenalovers #qasmenlovers 🤗 Buanglah pikiran negatif tu sebabnya akan merugikan diri kita sendiri jugakk . Dengan membiasakan berpikir positif maka hati dan perbuatan kita akan ikut menyeimbangi pikiran kita, sehingga pikiran, hati dan perilaku kita pun akan spread positif kalau dah terbiasa 😜

3)Bersyukur dengan apa yang ada

Alhamdulillah 🙂Bila dipikir2 balikkan . Sepatutnya kita bersyukur tau sebab apa ? Cuba fikir sejenak .. dekat luar sana pasti ramai lagi yang lebih memerlukan .. tapi kita ? haaa 🤭 Inilah sebabnya mengapa rasa bersyukur tu sangat penting apabila ingin membina keyakinan diri ! sebab … ianya memfokuskan perhatian kita kepada menghargai apa yang ada sekarang 😁 . Rasa syukur nii memberi inspirasi kepada kita supaya berani menuju kejayaan yang seterusnya lebih dan lebih lagi 👍 lain pulakkk kalau sebaliknya .. kalau kita berfokus pada benda yang takde dalam genggaman kita , ia akan menjadikan fikiran kita jadi sempit . haaa , time tulah kita nampak betul-betul lebih kecil .. sebab apa ? berjalan dengan bahu yang membongkok yang memberikan imej ‘kesian saya’.kikiki🤪 jadi ? padiaa nak buat ni ?? haa ! Berdiri tegak dan berjalan dengan yakin serta bersyukurlah dengan apa yang ada ! Cukup perfect syarat2 tu awokks semua akan dapat menarik perhatian orang dan peluang yang sewajarnya lahh ! pasti 100%😘

LAST BUT NOT LEAST 🎉✨Berasa yakin pada diri tak bermakna yang kita tidak akan sesekali merasa gementar . Takkan laa kalau nak buat  membuat pembentangan besar atau beri ucapan tak rasa gementaqq langsung .. haihhh tipuu ! Waktu zaman Mama Reen ngurat cuben dulu pun gementaqqq tau !! oppss🤣🤭 , itu tanda yang merisaukan . Apa orang putih kata ? FEELING ?? hahaha 😋 Sebenarnya , rasa gelisah dan takut tetap dan pasti dialami dalam setiap situasi . haaa , yang perlu kita lakukan ialah menanganinya dengan yakin !! bahawa kita pasti boleh buat ! BELUM CUBA BELUM TAUU !😚 huhuhu

oklah , Mama Reen ada kerja ni . Mama Reen chaw dulu ! byebye gegirls #qasreenalovers boboys #qasmenlovers ❤❤❤

New Edition by Qasreena- Belle Palazo

 

Categories
Uncategorized

Apa itu Gender Stereotypes?

Assalamualaikum semua fans Mama Reen #qasreenalovers !!🤗

Kali ni Mama Reen nak berceloteh sikit berkaitan isu yang jarang orang ambil perhatian.. 😎 Haaa jangan serius2 sangat kita hadam ilmu sikit…hihi.. Mama Reen nak tanya korang tau tak apa itu gender stereotypes?? ada yang tak tau kan.. haa mehh Mama Reen bagi tahu..

Gender Stereotypes ni adalah perkara biasa, ianya kadang tentang kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki. Walaupun ini mungkin berubah untuk masyarakat yang berlainan, stereotaip jantina wujud di mana-mana. Stereotypes membawa kepada diskriminasi dan ketidaksamaan. Mereka boleh menurunkan keyakinan seseorang, menghadkan aspirasi dan menghentikan seseorang daripada mencapai potensi mereka. Stereotypes jantina adalah idea, mesej dan imej yang terlalu banyak membayangkan tentang perbezaan antara lelaki dan wanita. Ini terjadi mungkin disebabkan masyarakat telah memberikan makna dan nilai kepada mereka.

Korang tau tak beza ‘Seks’ atau ‘jantina’? 🤔
Walaupun ‘seks’ seseorang didasarkan pada ciri biologi mereka, seperti hormon dan anatomi fizikal. ‘Jantina’ pula merujuk kepada peranan, norma dan jangkaan yang dipelajari oleh seseorang kerana seks mereka.

Apabila kita katakan …

“Gadis hanya suka …”
“Anak lelaki sentiasa pergi …”
“Gadis lebih baik di …”
“Anak lelaki secara semula jadi tahu bagaimana …”

… kita bercakap tentang jantina, dan kita mempersembahkan stereotaip ini sebagai ‘fakta’ – bukannya mempertimbangkan bukti sebenar, atau bakat atau kepentingan anak individu.



Gender Stereotypes membuat generalisasi, andaian dan pertimbangan mengenai keperibadian, tingkah laku, rupa, kemahiran dan kepentingan kanak-kanak. Kanak-kanak mendapat rawatan yang berbeza, belajar perkara yang berbeza, mempunyai akses yang tidak sama kepada peluang, dan mula mengembangkan pemahaman mereka sendiri tentang apa yang dibatasi dan kemampuan mereka. Sebagai contoh, jika anda tidak pernah fikir untuk mencadangkan kelas tarian kepada anak anda, atau ragbi kepada anak perempuan anda, ia akan mengehadkan peluang yang mereka anggap tersedia kepada mereka.

Apabila lelaki diberitahu untuk “Jadi kuat” kerana kalau mereka selalu mengungkapkan rasa kesedihan, atau gadis-gadis dipanggil sebagai “bossy” kerana menjadi tegas, jadi mereka belajar bagaimana mereka dapat jangkakan apa yang akan berlaku pada masa akan datang.

Perkara-perkara bahasa, dan gender stereotypes di zaman kanak-kanak ‘berkembang’ ke dalam sikap orang dewasa – 21% orang Australia yang dikaji percaya wanita “menjadi terlalu lantang”, dan satu daripada empat orang percaya lelaki menjadi pemimpin politik yang lebih baik.

Oleh sebab itu, kesaksamaan gender mewujudkan masyarakat yang lebih adil, lebih bahagia dan makmur. Tidak ada ‘persamaan’ yang berasal dari stereotype jantina kecuali mereka mengehadkan peluang untuk lelaki dan perempuan, lelaki dan wanita.

So, korang camna?  Gender Stereotypes ada tak di sekeliling korang? Mama Reen rasa ramai yang tak perasan benda tu dah wujud tanpa kita sedar.. Lepas ni korang dah tau kan? Boleh la tolak sekeras-kerasnya Gender Stereotypes ni, moga hidup kita lebih adil, bahagia dan makmur. 😊

Koleksi Baju Melayu dan Cardress by Qasreena

Categories
Uncategorized

Rahsia Eva Kurung

Assalamualaikum semua fans Mama Reen #qasreenalovers !!🤗

wahhh .. pejam celik pejam celik dah lama Mama Reen tak bebel ni hihihi ..  Apa? Nak bebel apa ? hahaha takdelah Mama Reen nak bercerita sikit nie , saat Mama Reen jatuh cinta. Bukan jatuh cinta biasa biasa tau ! Mama Reen jatuh cinta dengan Eva Kurung !!  koleksi PALING LAWA MENARIK PLUS TIPTOP DIHATI LA KATAKAN 😍

Design Eva Kurung sangat menawan,  Mama Reen pun dah tertarik tau haihh jadi lemah lutut bila tengok Eva kurung ni .. ehh, jangan kata satu warna je tau .. Semua warna dah Mama Reen grab huhu taknak ketinggalan punya pasal hihihi husband Mama Reen pun pening tengok wardrobe Mama Reen yang penuh tu hahaha 😁

Jadi Mama Reen nak kongsi keistimewaan Eva Kurung ni dengan korang!! Excited nak cite!! sebelum tu Mama Reen bagi korang tengok dulu rupa Eva Kurung ni macam mana 🤩

Macam mana? lawakan? ha dah la sopan, sweet pulak tu haihh koleksi Eva Kurung ni memang laku keras, sebulan launch dah semput dah stok .

3 warna yang pasti memenangi hati  #qasreenalovers  👇

 

                                               INDIAN RED                          YELLOW GOLD                        BABY BLUE

Apa material koleksi ? hah untuk Eva Kurung , Mama Reen menggunakan jenis material yang berkualiti iaitu Dull Satin .. Apa panas ke tak ? material Dull Satin bersifat lembut dan tidak panas, sejenis kain yang lembut dan apa yang penting ia less ironing. 😊

Design Eva Kurung ni cutting Fishtail orang kata and paling sempoi apabila di gayakan. Bagi korang yang suka kelihatan simple but gorgeous boleh gayakan Eva Kurung ni memang sesuai sangat hihi . Jimat masa tauu Mama Reen dulu dulu pun haihh iron sekali dahh cukup perfectss , korang juga akan  kelihatan anggun dimana mana  sepanjang masa hehe ..

Haa Mama Reen nak share sikit RAHSIA Eva Kurung ni 😃

  • Kain tak panas dan lembut sahaja
  • Cutting sweet tampak lebih kurus
  • Sesuai untuk ibu menyusu
  • Mudah untuk diiron
  • Mesra wudhuk

MATCH WITH HUBBY

    

Wahh😍 .. Jangan kata cik adik , match colour dengan cik abang pun ada tau huhu bolehlah kalau digandingkan naik stage ni 😋 ehh hahaha.. Bab baju melayu nanti kita share next nanti ya yang penting koleksi Eva Kurung menarik kan? pelbagai benefit tau diselitkan kalau bergaya dengan Eva Kurung ni  😘 belum cuba belum tau kikiki  cukuplah setakat ni ye… Mama Reen gerak dulu byebye semua #qasreenalovers



Categories
Uncategorized

CARA HILANGKAN KESAN PEN PADA BAJU

HAIII!!!Assalamualaikum semua 🤗

Hari ni mama reen ada sesuatu yang menarik hendak dikongsikan…Memang sakit hati,kecewa dan geram bila baju terkena dakwat pen kan?? Tambah-tambah lagi baju baru je beli,pakai pon baru sekali dua. Bila dah kena,memang dah tak pikir panjang sebab dah tau kalau baju kena dakwat susah nak tanggal atau hilang bila basuh. So last2 jadi kain buruk la jadinya tak pun buang dalam tong sampah.

Haa..Mama Reen nak kongsikan cara hilangkan kesan pen atau dakwat pada baju korang tu 😉

Terkena Pen

  • guna hand sanitize
  • Cream of Tartar – merupakan bahan untuk membuat kek.jika ada kotoran pen di pakaian senang je.Campurkan 2 sudu teh cream of tartar bersama-sama 2 sudu teh jus lemon.Jadikan seperti paste,sapu pada kotoran.Biarkan selama 3-4 jam..Dah kering berus kotoran tersebut dan cuci pakaian seperti biasa.
  • Spray Rambut – kesan kotoran pen matabulat boleh dihapuskan dengan menyembur spray rambut pd kotoran.
  • Ubat Gigi – cara ni adakala berkesan dan ada x berkesan.tengok pada jenis fabrik dan dakwat.Caranya  letakkan ubat gigi bukan gel(yg putih ye)pada kotoran dakwat dan sental.Bilas dengan air.cara ni mungkin kena lakukan beberapa kali sehingga semua kesan dakwat boleh dihilangkan.



Terkena Dakwat

  • Susu – untuk pakaian berwarna -hanya rendam pakaian di dalam susu semalaman
  • Garam – untuk dakwat yg masih basah – campurkan garam ke atas kotoran dakwat yang masih basah. Perlahan-lahan tekan kawasan yg basah tersebut dgn tisu. Tujuannya supaya tisu boleh serap kebasahan. Keluarkan tisu dan berus keluar garam. Ulangi berkali-kali hingga kotoran benar-benar hilang

 

Selamat mencuba !! 😘

Categories
Uncategorized

JOM BERGAYA STYLE QASREENA 2.0

Assalamualaikum haiiii fans2 Mama Reen ! haaa jawab salam tu jangan tak jawab !! hihihi  🤭

Wah pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan baruuu !! omaii 😋 haaaa .. awok awok ? Mama Reen nak citer sikit niii ! 😖 Mama Reen rasa sedihhh sangat ! Baju waktu zaman2 kenal cuben dulu dah tak muattt ! kiciwaa Mama Reen hmm 😫 Semalam Mama Reen pi jumpa bestfriend Mama Reen tauuu . Habihhh daa kena bebel 🤣 Betuiii ke ?



Menurut kajian , perempuan zaman sekarang kebanyakannya mudah rasa insecure dengan perempuan lain. Kata-kata yang sering keluar dari mulut mereka ?? Antaranya ..

“dia pakai cantik lah, aku pakai macam nangka busuk”   Mama Reen pernahhh !!

“orang cantik pakai apa pun cantik”    haaa sama sama !!

Orang kurus bolehlah pakai macam tu. Aku ni gemok pakai apa pun orang pandang aku macam tong gas    betul !!! Mama Reen pernah kenaaa !!

haihhh tapii !! Mama Reen dah insaf dah lepas kena ceramah free semalam tu kikiki 🤣 haaaa nak dikatakan banyak tau sebenarnyaa  kata kata down dan insecure dengan mereka yang pandai bergaya. Hello! Siapa kata fizikal dan ekonomi seseorang itu faktor utama untuk bergaya bak stailista ? BELUM CUBA BELUM TAU 😎

WHAT SHOULD YOU DO ? 

yesssssssss ! “KEPERCAYAAN”   

✅ PERCAYA PADA KEBOLEHAN DIRI SENDIRI ✅

✅ TAK PERNAH MENGAKU KALAH ✅

✅ BUAT SEBELUM MENGALAH ✅

✅ GANTI KELEMAHAN KEPADA KELEBIHAN ✅

✅ BUAT YANG TERBAIK ✅

lebih menarik dengan hadirnya koleksi2 Mama Reen tauu ! bukan lagi masalahh para jejaka ft wanita okiess 😉 hanya MIX & MATCH pasti memikat hati orang diluar sana ❤❤❤

APA YANG MENARIK ?

Oklahh , Mama Reen share satu rahsia TERLAJAK LAWOSS koleksi2 Mama Reen 🤭 satuuu je ! haa Kain material yang Mama Reen gunakan adalah kebanyakannya Satin Premium dan ComoCrepe Textured . Tak main ehhh yang low class punya .. pastinya Mama Reen kutip daripada … ehh bukan kutip ehh hahahha pastinya Mama Reen tempah daripada yang terbaik tau !!
wahh 😍 nampakkan konsep KETULUSAN koleksi2 Mama Reen ni .. haaa padia simple , easy , gorgeous , polite ni ?? hihihi SUPRISEEEEEE 🤪✨

GORGEOUS HOT 5 STAR 

hihi gandingan CARDIGAN + DRESS menawan hati 😍