Tips Penjagaan Pakaian Agar Kelihatan Baru

Pakaian merupakan satu keperluan hidup. Semua individu memerlukan pakaian untuk menjalani kehidupan dengan sempurna. Namun, pakaian amat sukar dijaga kerana ia terlalu mudah rosak jika tidak dijaga dengan betul. Kerosakkan pada pakaian juga boleh menyebabkan seseorang individu tersebut stress dan kemurungan. Oleh itu, bagi menjaga hari-hari ceria anda, kami akan kongsikan tips penjagaan pakaian bagi mengekalkan warna asal pakaian dan pakaian akan kelihatan baru walaupun sudah bertahun digunakan.

JANGAN RENDAM TERLALU LAMA

Sesetengah individu suka merendam pakaian mereka seharian supaya kotoran pada pakaian boleh tuntur. Tahukah anda,merendam pakaian terlalu lama juga dapat merosakkan texture pakaian anda? Oleh itu, merendam pakaian 10 minit sudah memadai dan haruslah segera dicuci agar texture pakaian tidak rosak. Merendam pakaian terlalu lama bukan sahaja dapat merosakkan texture malah ia juga dapat menghasilkan bau yang tidak menyenangkan pada pakaian serta udara sekeliling anda.

 

ASINGKAN PAKAIAN BERWARNA DENGAN PAKAIAN PUTIH
Kebanyakkan individu tidak mengetahui atau menjangka pakaian yang mereka beli akan luntur warna ketika dicuci. Bagi mengelakkan kerosakkan pada pakaian terutamanya pakaian putih atau cerah, kita haruslah mengasingkan pakaian berwarna dengan pakaian yang cerah bagi mengelakkan lunturan warna merosakkan pakaian-pakaian anda. Selain itu, asingkan juga pakaian yang kotor dengan pakaian yang tidak terlalu kotor kerana kotoran tersebut juga kemungkinan akan melekat pada pakaian anda jika tidak diasingkan.



JEMUR DALAM KEADAAN TERBALIK
Petua orang-orang dulu meminta kita menjemur pakaian secara terbalik. Kedengaran petua seperti ini mengarut, tetapi teknik jemur pakaian yang dicuci secara terbalik boleh mengelakkan pakaian anda daripada luntur warna. Pakaian berwarna yang terdedah dengan sinaran matahari boleh menyebabkan pakaian tersebut menjadi pucat atau luntur daripada warna sebenar. Misal pakaian bewarna hitam akan kelihatan kelabu dan kekuningan jika terdedah dengan sinaran matahari. Selain itu, pakaian yang terdedah dengan cahaya matahari yang terlalu lama juga boleh menyebabkan texture pakaian menipis dan mudah koyak atau mereput. Oleh itu, elakkan menjemur pakaian dibawah panas terik matahari terlalu lama.

 

ELAKKAN DARIPADA PELUNTUR
Peluntur biasanya digunakan jika terdapat kotoran degil pada pakaian. Namun, peluntur juga boleh menyebabkan texture pakaian anda cepat rosak. Kebanyakkan peluntur mengandungi asid dan bahan kimia yang tinggi. Tak salah nak guna peluntur tapi pastikan peluntur tu mesra pengguna dan tidak merosakkan pakaian anda. Selain itu, peluntur juga boleh menyebabkan warna pada pakaian anda bertompok-tompok, bayangkan pakaian bertompok tu pakaian kesayangan anda? mesti rasa nak menjerit je satu rumahkan.. Hehehe

Ini sahaja perkongsian dari kami #teamQasreena


Pemilihan Warna Pakaian Untuk Digayakan

PEMILIHAN WARNA PAKAIAN

Basic things yang perlu anda tahu dalam pemilihan pakaian ialah memilih warna yang sesuai dengan kulit. Sekiranya anda berkulit cerah pastilah mudah memilih warna pakaian yang sesuai, tetapi bagaimana jika anda memiliki kulit berwarna gelap? Jadi sekarang, semak tips yang Mama Reen share ni supaya anda tidak salah memilih warna.

  • Jika anda berkulit cerah (putih) jangan sesekali mengenakan warna-warna pastel seperti coklat muda, biru muda atau pink.
  • Jika anda berkulit kuning langsat, warna yang terbaik ialah warna-warna tropika seperti jingga, hijau, merah, kuning dan biru.
  • Jika anda berkulit sawo matang pilihlah warna ungu, oren atau merah hati agar anda kelihatan lebih menarik.
  • Jika anda berkulit gelap, warna-warna tanah yang lembut merupakan pilihan yang tepat untuk anda.
Rania Blouse by Qasreena Malaysia

JANGAN LUPA

Sesuaikan warna dengan karakter. Kalau anda ingin menyerlahkan sifat feminin, pakailah pakaian yang terdiri daripada warna-warna pastel. Sebaliknya, jika ingin ingin menarik perhatian orang ramai, pilih pakaian yang berwarna terang.



Untuk menghadiri majlis formal, warna pakaian bagaimana yang sesuai untuk digayakan? Bagi majlis formal , haruslah megikut etika code majlis atau megenakan padanan yang sopan tetapi begaya. Dari segi pemilihan warna, anda boleh megunakan earth colour dan di kombinasi dengan warna-warna selamat. Disini saya beri contoh colour , anda harus memilih satu main colour seperti , brown, ivory, dusty green, grey, dan di kombinasikan dengan warna seperti putih , blueblack , bagi menampakkan gaya anda lebih formal & agak ‘cool’ bila muncul di majlis rasmi. Sebagai tips tambahan, pemilihan warna untuk sesuatu gaya haruslah tidak melebihi dari 3 tone colour dan jangan sesekali ‘jump’ colour yang telampau kontra dengan main colour untuk digayakan.

Marwa Blouse by Qasreena Malaysia

Team Qasreena mengundur diri!

 

Tips Penjagaan Pakaian Bermanik

Manik dan wanita seolah-olah tidak dapat dipisahkan. Kebanyakan wanita amat menyukai baju yang mempunyai manik kerana manik boleh memberikan impak yang lebih ELEGAN dan FEMININ kepada si pemakai.

Jadi disini Mama Reen nak share sikit tips untuk anda semua tentang penjagaan pakaian yang bermanik supaya baju korang tak cepat rosak & lusuh.

Jika anda memakai minyak wangi, pastikan semburan minyak wangi tersebut tidak dilakukan secara direct atau terus ke material kristal dan manik. Kerana sifat minyak wangi yang beralkohol mampu mengikis lapisan luar permukaan manik dan kristal anda. Lama kelamaan, bukan sahaja kristal dan manik anda akan pudar, tetapi ia turut merosakkan jahitan sulaman yang telah dilakukan.

Thalia Kurung by Qasreena Malaysia

Jangan merendam pakaian berkristal atau bermanik terlalu lama. Apatah lagi jika anda merendamnya dengan menggunakan sabun dan peluntur. Pastikan pakaian bermanik dan berkristal tidak direndam semalaman, sebaliknya, anda harus terus mencuci dan membilas pakaian tersebut.

Jika anda ingin menggosok pakaian bermanik dan berkristal, pastikan anda menggosok pakaian terebut secara terbalik. Ini kerana muncung seterika yang tajam, adakalanya boleh merosakkan jahitan manik dan kristal di fabrik anda. Cara yang terbaik, jika anda mempunyai seterika wap (iron steam), gunakannya untuk menggosok pakaian tersebut.

Fatima Kurung by Qasreena Malaysia

Senangkan nak jaga pakaian yang bermanik ni? So balik kerja kejap lagi boleh terus cuci baju yang bertimbun tu! Itu sahaja dari Mama Reen untuk minggu ini. Selamat Hari MALAYSIA!

Team Qasreena Malaysia mengundur diri!



Categories
Uncategorized

Naura Cardigan By Qasreena

Naura Cardigan adalah cardigan labuh yang menjadi trademark bagi Qasreena. Naura Cardigan mempunyai 9 warna yang MENARIK dan bakal MEMUKAU setiap mata yang memandang. Antara 9 warna Naura Cardigan ialah Black, Charcoal Brown, Dark Grey, Dark Plum, Emerald Green, Maroon, Navy Blue, Sweet Tofee dan warna yang TERBARU Naura Cardigan ialah Rosy Brown.



Kalau korang nak tau, Naura Cardigan ni adalah HOT SELLING item kat Qasreena sebab potongan cardigan labuh ni sendiri yang boleh menampakkan efek KURUS selain tu memang sesuai untuk ibu-ibu yang nak bersiap dengan CEPAT, kalau tak encik suami penat menunggu kita siap lama sangat. Siapa yang pernah try Naura Cardigan ni memang tak menyesal, siap repeat order lagi. NO REGRET!

Kat sini Mama Reen selitkan gambar Naura Cardigan yang GOJES tu! So sila enjoy dulu okey gais.

Pemilihan material untuk Naura Cardigan amat dititikberatkan kerana Qasreena mementingkan keselesaan untuk si pemakai. Cardigan Labuh ini mempunyai ciri-ciri yang sangat MENEPATI keinginan pembeli kerana;

  • Menutup aurat
  • WUDHU’ friendly
  • Zip hadapan (sesuai untuk ibu yang menyusukan anak)
  • Selesa & mudah digayakan
  • Material como krepe jenis berat, sesuai dengan potongan cardigan yang nampak jatuh apabila dipakai.



Jadi jangan lupa untuk DAPATKAN Naura Cardigan di website kerana sekarang Qasreena tengah open PRE-ORDER sehingga 11 Sept 2017 dan boleh dapatkan DISKAUN sebanyak 10% bagi pelayar yang pertama kali mendaftar di website Qasreena.

Team Qasreena mengundur diri!

Merdeka Raya Sale

As usual, bulan Ogos adalah bulan KEMERDEKAAN dan untuk tahun 2017 adalah merupakan ulangtahun kemerdekaan buat Malaysia yang ke-60.

 

MERDEKA!

MERDEKA!

MERDEKA!

 

Selain kita menyambut merdeka, tahun ni Raya Haji juga jatuh pada tarikh yang rapat dengan tarikh merdeka. Disebabkan kita akan ada 2 celebration yang dekat-dekat ni, Mama Reen nak ANNOUNCE something for uols!

 

MERDEKA RAYA SALE!

Yeay! Bermula hujung bulan OGOS ni Qasreena akan buat BACK TO BACK MERDEKA RAYA SALE untuk semua PEMINAT setia Qasreena! Rugi kalau anda semua tak GRAB peluang ni untuk beli semua KOLEKSI Qasreena yang anda dah lama simpan dalam WISH LIST tu.



SALE akan start dari 25 – 30 Ogos 2017 SAHAJA! Jadi plan lah dengan TEPAT bila anda nak membeli-belah di Qasreena bermula dari Baju Kurung, Jubah, Shawl dan banyak lagi koleksi Qasreena. Mama Reen plan nak buat SALE kaw-kaw sampai anda ada TERLAMPAU banyak pilihan yang nak dibeli.

 

Mama Reen tak sabar dah ni nak jumpa anda semua di butik Qasreena. Janganlah risau kalau KESAYANGAN Mama Reen tak dapat beli dari butik, sebabnya boleh tempah dengan official Personal Shopper Mama nanti tau. So dah boleh buat REMINDER dekat handphone & note book SEKARANG tau supaya tak terlepas nanti. Mama Reen belanja sikit lah koleksi apa yang akan AVAILABLE masa SALE nanti.

Team Qasreena mengundur diri!

#XOXO

The People Behind Qasreena

SIAPA KEKUATAN QASREENA?

Siti Afiqah Hamzah atau nama panggilan Kak Fika bagi pekerja di Qasreena berasal dari Masjid Tanah, Melaka dan merupakan seorang graduan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang Sarjana Muda Sains Teknologi (Kimia). Walaupun masih muda, beliau sebenarnya adalah CEO dan tulang belakang bagi sebuah butik muslimah yang terletak di Bangi Sentral, Bangi iaitu Qasreena.

 

Founder Pn Siti Afiqah Menggayakan Thalia Kurung

Untuk penggemar pakaian muslimah di Malaysia mesti sudah sedia maklum bahawa Bangi Sentral adalah kawasan HOT SPOT bagi butik-butik fesyen muslimah. Seperti yang kita lihat, Bangi Sentral adalah kawasan yang pesat membangun dengan kehadiran butik-butik ini dan tidak salah percaturan ibu kepada dua cahayamata ini membuat keputusan untuk membuka butik Qasreena di Bangi Sentral.



Satu lagi orang penting Qasreena ialah Safiudin Nordin, suami kepada CEO Qasreena adalah Head of Marketing di Qasreena. Cik Din, panggilan yang sering dipanggil oleh pekerja beliau merupakan graduan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang Pentadbiran Awam dan berasal dari Janda Baik, Pahang. Beliau bertanggungjawab bagi menyelia dan merangka segala strategi pemasaran dan juga jualan di dalam organisasi Qasreena

En Safiudin atau orang kata KLON Jep Sepahtu

Mereka berkahwin pada tahun 2012 dan sekarang mempunyai dua orang putera yang comel iaitu Harraz dan Harriz.

Sesi Photoshoot Model, tetapi mereka pula yang bergambar

TERTUBUHNYA QASREENA COLLECTION

Tahun : 2015
Konsep : Rangkaian pakaian muslimah mengikutfesyen terkini dan patuh SYARIAH.
Produk : Baju kurung, Blouse, Naura Cardigan (Cardigan Labuh),Dress, Jubah & Shawl.
Website : www.qasreena.my
Instagram : Qasreena Collection
Facebook : Qasreena Collection
Youtube : Qasreena Boutique

 

So that’s all pengenalan kita untuk hari ni! Next article kita akan keluarkan article yang BEST untuk dibaca. Jangan lupe follow update kami dari Qasreena. Team Qasreena mengundur diri!

 

#teamqasreena