Categories
Uncategorized

SWEET COUPLE COLLECTION

Assalamualaikum awok awoknyaa 🤗 #qasreenalovers #qasmenlovers !!

harini Mama Reen ada specialll topiks nak bebel hihihi 🤭 tapii! sebelum tu Mama Reen nak tanya lah kat encik2 hubby ehh .. Nak raya cik isteri mesti nak cari baju raya kan ? nak nak pulak warna mesti sama ! tak sama habihhh la tido luar malam ni sampai tahun depan 🤣 hahaha jangan main main dengan wanita okayy ! awatt ? Mama Reen pun wanita tauu opkos laaa ! hahaha 😜



Hokeyy! dahh!! straight to the point! haa sebenarnya Mama Reen nak kenalkan dekat hangpa semua sweet collection daripada butik Mama Reen 😎 apa tu sweet sweet hak tuihh ? heyy bukan manis sahaja tau ! masam pahit masin semua dah siap campoqqq dahh 😂 hihihi .. bagai apa orang kata ? haaaa ” bagai pinang di belah dua ”  orang kata ..

Mesti tak sabar kannn nak nengoknya 🤪 hehe SUPRISEEEEEEEEEEEEEEE !!!

boleh dah lepas ni nak matchy2 dengan abe 😍 tak usah risau nak pi jauh2 untuk cari warna match hihihi .. sebab apa ? Sweet Collection dari Butik Mama Reen adooooo 😘😘

Sweet like Potatoes gituw orang kata😋  ! eh teringat pulak pickupline yang cuben Mama Reen kasi haritu 🤭

 yang berkejar terlari lari ,
jangan risau abe tetap dihati .

aishhh 😜 luluh hati Mama Reen kena pickupline sekali kikiki bagila chance sikit Mama Reen dengan cuben kejapp hish 🤣 hahahaha #qasreenalovers #qasmenlovers jangan jeless !! ehhhhh ha melalut ni lupa pulak ! tak habis lagiii eh koleksi Sweet Colletion ni ! ada lagi ? yeeee ada lagi !!

 

haaaa okay okay dah ! taknak tunjuk lebih2 nanti kang ada yang meleleh 🤭 hihihi .. Jangan tunggu lama lama nanti lama lama dia melepehhhh ~ ewahhh 😂😂 Mama Reen pun nak berangkat dulu lah .. Byee semua #qasreenalovers #qasmenlovers ❤❤❤ Jangan lupa singgah website Mama Reen okiess 🌹😉 https://www.qasreena.my/
Categories
Uncategorized

ORKID CARDRESS

Assalamualaikum fans Mama Reen #qasreenalovers !! Mama Reen nak kenalkan dekat awok semua CARDRESS YANG MENAMBAT BANYAK HATI DI ABAD INI 😍 !! apakah ituuu ? meh sini Mama Reen share hihi ..

lookkk 😍 Mama Reen dah kata dahhh !! heyyy hahaha tutup laa mulut tu haihh lalat masuk nanti hihihi  🤪🤭 amacam ??  tak terkata kann ? Nampak simple dan santai .. tapi bila dah pakaiii haih rasa macam bidadari baru turun dari lagit jahhh 😂… Ehhh yang paling penting memberikan kita keselesaan sepanjang berhari tauu  walau dimana mana 😘

#qasreenalovers mesti tertanya tanya kan apanya hebat orkid cardress ni ? hmm macam tak best je . Heyyy ! Belum cuba belum tahu tauu !!! Haa dah cuba nanti mesti nak tambah dan tambah lagiii 🤭 biar penuh wardrobe tu ..

Kehebatan Orkid Cardress ni apa ?? haa ..

  1. Boleh digunakan satu set agar kelihatan anggun dan menawan sepanjang hari.
  2. Boleh padankan cardigan dengan jeans, skirts, tshirt, palazo dan sebagainya. Jika korang ingin bergegas keluar dan tidak mempunyai masa untuk iron pakaian, korang cuma perlu sarung cardigan tersebut dengan apa-apa pakaian.
  3. Inner tanpa lengan pula korang boleh gunakan di rumah sama ada ketika menonton televisyen, tidur atau korang juga boleh padankan inner tersebut dengan sweater, jaket, blazer dan sebagainya.

lahhh.. tu je ke ? heyyyy belum habis lagi laaaa !! ada lagi tau bukan setakat tu je!

                                                                

  • Sejuk apabila dipakai
  • Tidak jarang
  • ironless
  • Wudhu’ Friendly
  • Menutup aurat mengikut syariat
  • Simple dan bergaya , lebih yakin

IBU MENYUSU badan boleh pakai ker??
Of course la boleh . Dress ini mempunyai zip di bahagian dada. Memudahkan untuk ibu2 menyusu badan .

 

tak rugi tau nak bawa pi mana mana .. Mama Reen kalau pi jalan , paling suka pakai Orkid Cardress ni tau ! sebabnyaaa ~ senang je sarungg teruih huhu takpayah iron pun cantik dah 😍 so #qasreenalovers semuaa 🤗 Jangan lepas peluang untuk kekal hotss dimata abe2 hihihi ..

Mama Reen chawww dulu Byebye uollsss ❤❤

 



Categories
Uncategorized

BAJU MELAYU

Assalamualaikum haiii #qasreenalovers 🤗 Mama Reen nak tanya sikit la .. Apa ciri ciri lelaki idaman korang eh ? nak yang sado ke nak yang aww aww lembik tu 🤣 ehhhh hahaha .. Kalau tanya Mama Reen opkoslah Mama Reen nak yang tough gitu kikiki 😋 aip tak padan ada cuben Mama Reen ni!!  hahaha .. Mama Reen teringatla satu pantun ni

     cekak musang berbutang lima ,
     lima rukun didalamnya,
     lima petua dibawanya,
     lima tiang ditegakkan .

Haa mesti korang dah boleh agak kan apa yang Mama Reen nak habaqq harini 😁 apa dia tu ? cer bisik sikit ? alaa .. oklah harini Mama Reen nak habaq mai pasal ~ BAJU MELAYU  koleksi unggul khas untuk #qasmenlovers 🤗 Mama Reen excited sangat ni nak share kat korang special koleksi daripada butik Mama Reen  😎 korang tau tak nama baju melayu ni dimulakan sekitar 700 tahun dulu dan dipercayai diperkenalkan pada zaman empayar Melaka oleh Sultan Muhammad Syah (1424-1444) serta kaya dengan falsafah berbusana .

Ada 2 rekaan untuk baju melayu mengikut falsafah tau .. Satu Teluk Belanga dan Satu lagi Cekak Musang .. haa , apa macam mana Teluk Belanga tu ? Apa beza dengan Cekak Musang ? okayy , nampaknya #qasmenlovers dah tak sabar ni hihihi

Mama Reen simpulkan kat sini , Baju Melayu kedua dua rekaan ni ada falsafah tersendiri sebagai adat Orang Melayu. Barulah nampoknyaa lelaki sejati 😍 hihihi

ehhh, Mama Reen dah jauh melencong nii .. sebenarnya , Mama Reen harini nak share pasal Koleksi Baju Melayu berdesign Cekak Musang eksklusif keluaran butik Mama Reen ” HARRAZ & HARIZ ” . wahh ada 2 ke😍  ? yup opkos laa #qasmenlovers haa jangan kata design Baju Melayu je ada 2 . Mama Reen punya keluaran pun ada 2 tauu special untuk kome semuaaa #qasmenlovers

Perbezaan kedua-duanya simple je iaitu dari segi material. Mama Reen cuba ketengahkan koleksi baju melayu Cekak Musang & Slim Fit menggunakan dua material yang berlainan tauu . apa tujuan dia ? Tujuan utama pastinyanya , Mama Reen nak buat survey sikit dikalangan customer Mama Reen ni.. Bukan apa , sesetengah orang beli baju sebab kualiti material & ada juga beli baju sebab design dan harga semata mata 🤗



Koleksi Harraz & Hariz diperbuat daripada material yang berkualiti tinggi  Untuk Harraz , Mama Reen menggunakan material Arzue Satin dimana materialnya bersinar & agak lembut serta sedikit mahal berbanding material Hariz. Hariz pula daripada Dull Satin iaitu satin biasa yang tidak bersinar & kelihatan agak biasa. Walaupun daripada material yang berlainan tetapi fungsinya adalah sama . Jangan melepas peluang untuk grab tauu sebab Mama Reen akan menghadiahkan butang baju melayu FOC kepada semua pelanggan 😁 sebagai gift special untuk hangpa semua hihihi

Apa pulak benefit HARIZ & HARRAZ ni ?

    • kain sejuk dan mudah iron
    • tak mudah kedut
    • slim fit tampak lebih kurus
    • cekak musang beserta lima butang baju melayu
    • 22 warna unik menarik hati

Macam mana? awesome tak colour2 koleksi baju melayu by Qasmen nie? Merecik hawau kan? Bagi korang yang jatuh cinta dengan koleksi baju melayu dari Qasmen nie, korang boleh klik www.qasreena.my atau ke ig Qasmen @qasmenmalaysia 😉

okaylah , Mama Reen pergi dulu byeee 😋 #qasmenlovers #qasreenalovers

Categories
Uncategorized

SAKEENA CARDRESS

Assalamualaikum fanss Mama Reen ! #qasreenalovers 🤗 haa ni .. Mama Reen nak tanya satu ni .. korang suka collection kurung atau cardress ? kalau Mama Reen paling suka cardress 😍 heyyyyyyy ! cakap pasal Cardress , Mama Reen nak kenalkan dekat komee semua Cardress keluaran Tercantikk Mama Reen 😋 ha nak tau taknak tau ? hihi oklah .. Mama Reen kasi chance sikit tunjukk 👇

waa 😍 kenapa cantik sangattt Sakeena Cardress nii !! Combine warna pun nampak menawan sangattt !! Mama Reen cannot moveon haihh , Dah kali ke berapa dah ni Mama Reen jatuh cinta ni hm 😍🤩
APA YANG BEST Sakeena Cardress nie???
Mama Reen dah banyak kali pakai baju Sakeena Cardress . Panas ke tidak ? haa , jangan risau #qasreenalovers .. Tak rasa panas pun . Rileks jer. Bawak pakai pergi mana-mana pun boleh . Disebabkan baju ada 2 lapis , dalam sleeveless luar cardigan , ha Mama Reen siap bawak tidur tau lena je terbaring dekat kampung tidur pakai baju ni 😂😂 selesa betul . Jalan jalan pun senang je pakai cardigan dekat luar ha sarung je seluar dah siapp ! Mama Reen suka sangat !! 3 warna sekali Mama Reen kaut masuk wardrobe huhuhu 👇😋

apa syoknya Sakeena Cardress ?? hm jangan kata 1 je ehhh banyokkk!! 😲😲
Mama Reen panggil konsep cardress nie semuanya konsep 3 in 1.

1) Boleh pakai 1 set seperti dalam gambar. 2 pcs. Dress sleeveless cotton di dalam dan cardigan sarung di luar.
2) Boleh pakai cardigan sahaja bersama seluar jeans dan tshirt di dalam. Macam nie pun Mama Reen dah biasa pakai.
3) Pakai dress sleeveless sahaja di rumah. Tak panas. Selesa jer. (Macam Mama Reen tengah pakai sekarang sambil tengok tv) 😁😁

Kenapa QASREENA buat design konsep berbeza daripada yang lain macam ni ?
Sebab kami ingin mencipta sesuatu pakaian yang boleh menyelesaikan masalah pengguna dan boleh memudahkan pengguna😉

IBU MENYUSU badan boleh pakai ker??
Opkos la boleh. Dress ini mempunyai butang di bahagian dada. Memudahkan untuk ibu2 menyusu badan.

bukan sahaja dengan dress , malah korang punnn boleh pakai cardigan sahaja dengan seluar mengikut kesesuaian tauu !! 😋 Mama Reen dah grab korang bila lagi hihihi 😜
oklahh , Mama Reen dah habis bebel hari ni 🤗 pergi dulu uollss !! Janga lupa singgah website Mama Reen https://www.qasreena.my/ byebye #qasreenalovers ❤❤❤
Categories
Uncategorized

KESYHA CARDRESS BY QASREENA

Assalamualaikum #qasreenalovers

Mama Reen excited nak cerita pasal Keysha Cardress dari Qasreena Malaysia nie.

Kenapa nama dia CARDRESS?? Sebab konsep baju nie lain dari yang lain. Cardigan + Dress. Dress sleeveless di dalam dengan material cotton yang berkualiti. Tak panas. Dan cardigan sarung di luar material satin yang sangat berkualiti dan tidak panas.

APA YANG BEST material-material keysha cardress nie???
Kami ada menjual baju melayu material satin seperti keysha cardress nie dan husband dah pakai masa raya hari tu. Katanya best sangat. Tak panas. Selesa jer. Mama Reen dah banyak kali pakai baju keysha cardress nie. Dah pakai bawak balik kampung beraya dan kenduri. Rasa panas? Tak rasa panas pun. Rileks jer. Tak ada gelabah basah baju dah sebagainya. Siap terbaring dekat kampung tidur pakai baju nie. ?? selesa betul.

KELEBIHAN Keysha Cardress??
Mama Reen panggil konsep cardress nie semuanya konsep 3 in 1.
1) Boleh pakai 1 set seperti dalam gambar. 2 pcs. Dress sleeveless cotton di dalam dan cardigan sarung di luar.
2) Boleh pakai cardigan sahaja bersama seluar jeans dan tshirt di dalam. Macam nie pun Mama Reen dah biasa pakai.
3) Pakai dress sleeveless sahaja di rumah. Tak panas. Selesa jer. (Macam Mama Reen tengah pakai sekarang sambil tengok tv) ?? Kenapa QASREENA buat design konsep macam nie?
Sebab kami ingin mencipta sesuatu pakaian yang boleh menyelesaikan masalah pengguna dan boleh memudahkan pengguna.

IBU MENYUSU badan boleh pakai ker??
Of course la boleh. Dress ini mempunyai zip di bahagian dada. Memudahkan untuk ibu2 menyusu badan. Antara fast selling tau Keysha Cardress nie tau. Qasreena mempunyai lebih dari 5 design cardress. Boleh datang ke butik kami nanti tau. ??

 



Categories
Uncategorized

#qasmencoolraya2018

Assalamualaikum #qasreenalover #qasmenlovers , hari nie Mama Reen nak perkenalkan produk lelaki dari Qasreena tapi untuk lelaki Mama Reen namakan dia Qasmen. Best tak dengan nama brand produk lelaki nie? Setakat nie Mama Reen mampu keluarkan koleksi baju melayu terlebih dahulu sempena musim perayaan ini. Bagi casual ware akan menyusul selepas musim perayaan nanti.

Untuk terulung kalinya, Mama Reen release baju melayu lelaki slim fit. Mesti rasa macam wowww kan? Slim fit tu.. asyik baju melayu ada pesak je kan. Kali nie tukar angin sikit, kita cuba lain dari yang lain. Walaupun baju melayu by Qasmen ini agak moden tapi ia masih mengekalkan identiti tradisional iaitu masih menggunakan leher berunsur “Cekak Musang”.

Mama Reen namakan koleksi baju melayu by Qasmen nie sebagai Harraz & Hariz Collection. Apa perbezaan antara koleksi baju melayu Harraz dan Hariz ni? Perbezaan kedua-duanya simple sahaja iaitu dari segi material. Mama Reen cuba ketenggahkan koleksi baju melayu Cekak Musang & Slim Fit menggunakan dua material yang berlainan. Tujuan utamanya, Mama Reen nak buat survey sikit dikalangan customer Mama Reen nie.. Bukan apa setengah orang beli baju sebab kualiti material & ada juga beli baju sebab harga semata-mata 🤗.

Kedua2 koleksi Harraz & Hariz diperbuat daripada material yang berkualiti tinggi cuma terdapat sedikit perbezaan pada kain tersebut. Untuk Harraz, Mama Reen menggunakan material Arzue Satin dimana materialnya bersinar & agak lembut serta sedikit mahal berbanding material Hariz. Hariz pula daripada Dull Satin iaitu satin biasa yang tidak bersinar & kelihatan agak biasa. Walaupun daripada material yang berlainan tetapi fungsinya adalah sama. Bagi koleksi Harraz dan Hariz ini, Mama Reen akan menghadiahkan butang baju melayu kepada semua pelanggan Mama Reen yang membeli kedua-dua koleksi tersebut.

Untuk koleksi baju melayu ini, Mama Reen produce sebanyak 23 colour yang memukau. Ok, Jom tengok 23 colour tersebut:-

Harraz

Light Purple

Pink

 

Turquoise

 

Belacan

 

Green

 

Magenta

 

Hariz

Army Green

 

Grey

 

Peach

 

Yellow Gold

 

ButterYellow

 

Salmon

 

Lavender

 

Indian Red

 

Baby Blue

 

Rose

 

Brown

 

Mint

 

Dark Grey

 

Purple

 

Dark Purple

 

Crocodile

 

Macam mana? awesome tak colour2 koleksi baju melayu by Qasmen nie? Merecik hawau kan? Bagi korang yang jatuh cinta dengan koleksi baju melayu dari Qasmen nie, korang boleh klik www.qasreena.my atau ke ig Qasmen @qasmenmalaysia.. Ok, Bye uoallss.. Mama Reen minta diri dulu ye 😍…

#qasreenaglamraya2018

Assalamualaikum #qasreenalovers , Mama Reen ingin perkenalkan 14 koleksi #qasreenaglamraya2018. 14 koleksi nie sangat simple dan santai & yang penting memberikan kita keselesaan sepanjang berhari raya di rumah sanak saudara. Mama Reen ada koleksi Cardress, baju kurung, dress & suit.

KOLEKSI CARDRESS

Airis Cardress

Keysha Cardress

Jasmin Cardress

Batrisha Cardress

Orkid Cardress

Sakeena Cardress

Kesemua koleksi cardress by qasreena mengetengahkan cardigan 2 pieces iaitu cardigan + inner. Keistimewaan kesemua cardress ini adalah boleh digunakan 3 in 1.

  1. Boleh digunakan satu set agar kelihatan anggun dan menawan sepanjang hari.
  2. Boleh padankan cardigan dengan jeans, skirts, tshirt, palazo dan sebagainya. Jika korang ingin bergegas keluar dan tidak mempunyai masa untuk iron pakaian, korang cuma perlu sarung cardigan tersebut dengan apa-apa pakaian.
  3. Inner tanpa lengan pula korang boleh gunakan di rumah sama ada ketika menonton televisyen, tidur atau korang juga boleh padankan inner tersebut dengan sweater, jaket, blazer dan sebagainya.

KOLEKSI BAJU KURUNG

Marsha Kurung

Insyirah Kurung

Melina Kurung

Eva Kurung

 

Koleksi baju kurung by qasreena mempunyai 4 design iaitu 2 design plain & 2 design printed. Setiap design baju kurung ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Dengan material yang berkualiti tinggi, pemakai akan kelihatan lebih santai dan elegant dengan outfit by qasreena. Koleksi baju kurung ini amat bersesuaian dengan korang yang simple tetapi mementingkan penampilan agar kelihatan menarik sepanjang hari. Apa yang paling menarik, printed Mama Reen tak ada kat tempat lain tau.. sebab Mama Reen design sendiri corak2 pada fabrik ?.. Seronok Mama Reen bila tengok orang suka dengan corak yang Mama Reen cuba ketengahkan nie..

KOLEKSI DRESS

Khayla Dress

Airene Dress

 

Untuk Dress pula, Mama Reen sempat keluarkan 2 design dress untuk raya kali nie. Walaupun dua design sahaja tapi… dress nie awesome tau!! Macam Khayla Dress nie 2 in 1, dress ni dia 2 piece.. korang hanya perlu pakai kain tu kat luar dan ia akan bagi effect flowy pada dress korang. Kalau korang yang tak suka kain tu, korang boleh pakai dress tu je, ia simple dan boleh dijadikan jubah sebab Khayla dress bersifat loose dan tidak jarang. Bagi Airene Dress pula, ia agak menarik kerana Mama Reen ketengahkan net kembang pada bahagian bawah agar ia kelihatan seperti tutu skirt dengan plated pada bottom dress. Effect plated akan menampakkan dress korang macam princes gitu?…

KOLEKSI SUIT

Camden Suit

Canary Suit

 

Koleksi suit raya nie pula Mama Reen bawakan ala2 klasik sikit.. ala, macam dalam cite Vacanda tu. Mama Reen cuba ketengahkan fringe sebagai subjek utama di dalam ke dua-dua design suit ini. Kedua-dua suit ini akan menampakkan korang lebih elegant dan stail. Apa yang penting, suit ala vacanda nie sesuai untuk office attire tau.

Ini sahaja perkongsian Mama Reen untuk sesi pengenalan koleksi #qasreenaglamraya2018. Kesemua design Mama Reen tampilkan dengan 3 warna yang menarik. ok, setakat itu sahaja Mama Reen membebel, Mama Reen mengundur diri dahulu.. Kalau berminat, jom walk in butik sekarang atau website untuk dapatkan koleksi raya ini. Untuk raya haji akan datang pun dah boleh grab sebab diskaun sekarang Up to 50% ?.

Keyra Suit by Qasreena

Assalamualikum #qasreenalover, Mama Reen kembali lagi nak membebel dengan korang nie.. Apa? Nak bebel apa? Mama Reen nak bercerita sikit nie, saat Mama Reen jatuh cinta. Bukan jatuh cinta dengan suami tau! Mama Reen jatuh cinta dengan Keyra Suit!! ❤❤❤

Dengan design yang simple tapi look gojes sangat tau!! Mama Reen jadi lemah lutut bila tengok Keyra Suit nie lepas siap dijahit. Terus Mama Reen grab semua colour masuk wardrobe ?. Husband Mama Reen pening wardrobe Mama Reen dah penuh!! Jadi Mama Reen nak kongsi keistimewaan Keyra Suit nie dengan korang!! Excited nak cite!! sebelum tu Mama Reen bagi korang tengok dulu rupa Keyra Suit nie macam mana…

Macam mana? lawakan? dah la sopan, lawa pulak tu… koleksi Keyra Suit nie memang laku keras, sebulan launch dah semput dah stok ?.

Apa Material apa? untuk Keyra Suit nie, Mama Reen menggunakan 2 jenis material yang berkualiti iaitu cotton dobi & heavy como crepe.. Apa panas ke tak? material Como crepe & cotton dobi nie bersifat lembut dan tidak panas, sejenis kain yang lembut dan apa yang penting ia less ironing ?.

Design Keyra Suit agak simple dan sempoi apabila di gayakan. Bagi korang yang suka kelihatan simple boleh gayakan Keyra Suit nie memang sesuai sangat. Selain dapat menjimatkan masa, korang juga akan kelihatan anggun sepanjang masa.

Disini Mama Reen sertakan sedikit maklumat mengenai Keyra Suit nie.

  1. Material: heavy como crepe & cotton dobby canvas
  2. Design: loose suit with two layer of sleeves
  3. Features: hidden zip in front and sleeves, Breastfeed friendly & wudhu’ friendly

Rosy Brown/ Light Pink

Red / Grey

Dark Blue/ White

 

Qeela Suit by Qasreena

Assalamualaikum #qasreenalover, korang pernah dengar tak peribahasa “Alah bisa, tegar biasa”? mesti korang pernah dengar kan? Apa yang korang faham dengan peribahasa tu? Ala.. Ok lah, Maksudnya benda yang kita rasa susah tu, kalau kita selalu buat korang akan rasa senang sangat. Tapi apa kaitan dengan fashion pulak kan?

Mama Reen bukan nak bebel pasal peribahasa tu tapi Mama Reen nak perkenalkan korang dengan satu suit nie. Bagi Mama Reen peribahasa nie sesuai digunakan dengan Qeela Suit. Kenapa Qeela Suit nak disamakan dengan peribahasa “Alah bisa, tegal biasa” pulak kan!! oklah, Mama Reen tanya korang!! Korang suka pakai colour blocking? Pengalaman Mama Reen handle customer 5 tahun nie, ramai yang tak yakin nak memakai colour blocking nie. Bagi diorang takot orang tengok pelik & malu untuk menonjol di khalayak tapi bila tengok orang pakai cantik pulak ?. Mama Reen dulu sebelum masuk bidang fashion pun macam tu jugak.. Nak pakai colour blocking takot2 lagi.. Takot orang gelak ?.. Bukan colour blocking je takot, nak pakai baju ada lace pun takot, takot orang pandang & kata kita over ?.

Qeela Suit nie, Mama Reen ketengahkan dengan colour blocking dan kombinasi colour yang agak stracking. Mama Reen ketengahkan 2 kombinasi warna dengan design yang agak unik.

Bila korang tengok gambar nie? Apa pendapat korang? Bagi Mama Reen, Qeela Suit agak menarik tau tapi ia hanya bersesuaian dengan orang yang yakin pada diri sendiri. Mama Reen bukan kata korang tak yakin, tapi tak semua orang yakin pada diri sendiri tau.. Asyik nampak orang lain je hebat.. Tak confident dengan diri sendiri. Kenapa Mama Reen kata Qeela Suit nie menarik? sebab suit nie daripada material 100% como crepe, design yang up to date, kombinasi colour lain dari yang lain, less ironing dan banyak lagi.

Design Qeela Suit juga amat sesuai bagi korang yang sukakan loose dan versatile. Walaupun design pada top Qeela Suit mempunyai belah di bahagian hadapan, tetapi ia tidak akan terselak apabila ditiup angin kerana pada bahagian tepi tersebut telah dikemaskan dengan jahitan bertindih agar tidak terbuka. Ia juga tidak kelihatan agak seksi kerana ia dipakai bersama palazo yang loose dan selesa apabila digajayakan. Apa yang penting, ia juga sesuai digayakan di pejabat. Ok, jom Mama Reen belanja 3 warna Qeela Suit yang letop gitu.

Maroon/ Light Pink

Grape/ Mint

Brown/ Light Blue

Kenapa Mama Reen kaitkan Qeela Suit nie dengan peribahasa “Alah bisa, Tegal biasa”? Mama Reen nak bina keyakinan diri dalam diri korang. Dalam hidup, kita kena yakin dengan apa jua yang kita buat. Walaupun pada mulanya agak jangal tapi bila kita dah terbiasa, kita akan rasa itulah kehidupan harian kita.

Ok dah Mama Reen merepek, Mama Reen mengundur diri dulu.. bye uoallsss ??.

Aisha Suit by Qasreena

Assalamualikum #qasreenalovers, korang suka tak outfit korang yang berunsurkan riben? Mama Reen suka sangat kalau outfit Mama Reen ada unsur2 riben nie, tak kira la blouse ke, seluar ke, cardigan ke.. bagi Mama Reen dia lawa dan Mama Reen boleh simpul riben tu ikot style yang Mama Reen suka. Tapi sekarang bukan Mama Reen nak membebel pasal riben nie.. Mama Reen nak bercerita sikit pasal outfit kesukaan Mama Reen yang satu nie, gojes sangat2 & ada unsur riben nie.. Tadaaaa.. Aisha Suit.

Lawa tak uoollss? lawakan? Nak tahu kenapa Mama Reen suka sangat Aisha Suit dari Qasreena nie? material dia tak payah iron langsung sebab material suit nie menggunakan material cotton dobi yang berkualiti tinggi. Dah la material tak payah iron, tebal & lembut lagi, sejuk je bila korang pakai. Apa yang penting ia mematuhi syariah tau. Bagi korang yang suka pakai pakaian melepasi punggung memang sesuai sangat. Selain menutup aurat, korang juga boleh bergaya sakan. Siapa kata wanita muslimah tak boleh bergaya? Tak kan nak berjubah je setiap hari kan? tak kisah la pakaian & design apa yang kita pakai asalkan ia tidak melanggar syariah islam.

Aisha Suit nie, Mama Reen tampilkan dengan 3 warna menarik. Walaupun menggunakan 2 gabungan warna tapi ia tetap awesome dan kelihatan elegant pada si pemakai. Apa tak tahu nak ikat riben? Korang jangan risau pasal riben tu.. Mama Reen dah kongsikan cara2 nak ikat riben nie di highlight story @qasreenamalaysia. Korang cuma perlu klik untuk tengok sahaja.

Kenapa Aisha Suit nie kena ada dalam wardrobe korang? sebab kalau ada emergency & korang tak ada casual atau cardigan yang tak payah iron nak di sarung, korang boleh sarung je Aisha Suit nie. Mudahkan? yang penting korang cepat (jimat masa) & kelihatan cantik sentiasa. Tak ada la asal kelam kabut je, korang mesti nampak selekeh. Penampilan tu penting bagi wanita & lelaki, betul tak?

Selain tak payah iron & ada riben yang awesome nie, Aisha Suit nie juga ada cuff dekat lengan so korang dah tak perlu nak pakai hand sock. Korang nak ambik wudhu pun senang kan? tak payah susah nak lipat lengan baju tu sampai ke siku ?. Bagi seorang ibu macam Mama Reen nie, mesti nak kena cari pakaian yang mempunyai nursing friendly kan? ye lah macam mana nak menyusu anak kan. Tak kan nak selak baju tu kan? jadi korang tak perlu risau dengan Aisha Suit nie sebab ia dilengkapi dengan nursing friendly & amat bersesuaian dengan ibu2 yang mempunyai anak kecil. Ok, jom Mama Reen belanja gambar2 Aisha Suit nie…

Rosy Brown/ Soft Pink

Grey/Dusty Blue

Horlick/Blue

Macam mana? Cantik tak combinasi warna2 yang Mama Reen pilih? Kalau korang berminat, korang boleh ke website Qasreena sekarang www.qasreena.my atau boleh ke instagram kami @qasreenamalaysia atau korang boleh hubungi team sale kami :-

https://wa.me/60197387556

https://wa.me/60198139579

https://wa.me/60198139589

Sekian sahaja perkongsian dari Mama Reen ?..