Categories
Uncategorized

Big Stage 2 berakhir, Gegar Vaganza kembali

Ahad lalu telah berakhirnya Big Stage 2 dengan wakil dari Korea Selatan, Han Byul berjaya merangkul gelaran juara dan Neeta Maneesha dari Malaysia di tempat kedua. Dua peserta ini sememangnya sudah dijangka akan bersaing sengit berikutan prestasi persembahan mereka yang konsisten saban minggu.

Han Byul bersama trofi juara Big Stage
Sumber gambar : Beautifulnara.com

Jumlah markah mereka juga hanya dibezakan dengan peratus undian online dari peminat. Berdasarkan markah yang diberikan juri untuk persembahan mereka pada malam akhir, jelas Han Byul dan Neeta meninggalkan finalis lain.

Han Byul layak juara

Melihat kepada prestasi Han Byul dari minggu pertama, ramai yang sudah meramal beliau akan menjadi juara untuk musim ini. Sejak mempersembahkan lagu Vroom Vroom nyanyian asal Nabila Razali, Han Byul berjaya menarik perhatian peminat Malaysia yang teruja dengan kefasihannya menyanyikan lagu Bahasa Malaysia. Sebaik sahaja beliau diumumkan sebagai juara, muncul juga suara-suara sumbang yang mempertikaikan kemenangannya hanya kerana ramai anak muda Malaysia taksub sangat dengan Kpop.

Alahai, janganlah berfikiran sempit macam itu ya. Dato’ Siti Nurhaliza pon cakap yang dia layak menang kerana kebolehan dan prestasi yang baik sepanjang pertandingan. Netizen yang tak puas hati peserta kegemaran mereka tak menang tu janganlah merungut pula ya. Tidak mendapat gelaran juara tak semestinya tak bagus kan. Tengok sahaja Neeta, Adzrin dan yang lain masing-masing ada kelebihan tersendiri.

Naqiu – peminat teruja

Ahad depan boleh saksikan Naqiu beraksi
Sumber gambar : Gempak.com

Berakhirnya Big Stage kali ini, minggu hadapan akan bermulalah pula Gegar Vaganza 6. Barisan peserta telah diumumkan dan nampaknya bukan calang-calang juga ya peserta kali ini. Paling mendapat perhatian, vokalis kumpulan Boboy, Naqiu yang sudah lama tidak membuat kemunculan di kaca televisyen.

Peminat yang lahir sekitar tahun 90-an termasuklah Reen sangat teruja untuk tengok Naqiu nanti. Semasa di sidang media pengenalan peserta Gegar Vaganza pun peminat terkejut sebab rupa Naqiu ni tak berubah langsung dari zaman Boboy. Makan apa la agaknya ya sampai masih kekal muda remaja.

Okaylah, setakat ini dulu perkongsian Reen untuk kali ini. Jumpa di next entri ❤

p/s : Reen sedih sebenarnya tak dapat tengok Hanbyul dah. Jangan bash Reen okay. Spread LOVE