Categories
Uncategorized

Fenomena Revolusi Online

Kebanyakan daripada kita tak biasa dengar dengan perkataan Revolusi Online tapi kalau sebut sahaja Jualan 11.11 pasti ramai yang tahu. Untuk pengetahuan, Jualan 11.11 adalah kempen jualan “Singles Day” dan kempen Revolusi Online berlaku pada 9.9, 10.10, 12.12 hari bulan. Pada tarikh-tarikh yang cantik ini lah peniaga-peniaga secara online akan berebut-rebut untuk mengadakan sales dan menawarkan harga yang berbaloi untuk pelanggan mereka.

Membeli belah di hujung jari bila-bila masa dan di mana jua

Kempen Revolusi Online

Kempen Revolusi Online ini dimulakan oleh portal membeli-belah online Lazada pada tahun 2012. Ketika itu, kempen jualan murah ini bermula dari 12 Disember sehingga 14 Disember. Kempen “Singles Day” pula dicetuskan oleh syarikat Alibaba dan menjadi kempen membeli-belah terbesar di dunia.

Beli online lebih mudah dan jimat masa

Pada zaman yang serba serbi canggih ni, semua perkara boleh dilakukan dengan menggunakan telefon pintar termasuklah untuk membeli belah. Membeli-belah secara online ni bukan sahaja menjimatkan masa malah menjimatkan tenaga. Kalau dulu kita perlu ke kedai untuk membeli apa sahaja barang tetapi sekarang kita hanya buat pembelian di website dan keesokannya boleh terus dapat barang yang dibeli.

Reen secara peribadi suka beli online nak-nak lagi masa promosi dan masa nak dekat perayaan. Reen ni malas nak keluar masa bulan Ramadhan dan kalau pergi ke kedai mesti tak jumpa yang berkenan. Penat fizikal dan buang masa sahaja.

Qasreena SUPER 10.10

Qasreena juga tak mahu ketinggalan dalam revolusi online ni dan QasreenaLovers juga jangan lepaskan peluang untuk dapatkan tawaran harga menarik kami okay. Untuk SUPER 10.10, kita akan adakan jualan murah dari 10-14 Oktober dan QasreenaLovers boleh lakukan pembelian di website. Dapatkan 10% diskaun untuk koleksi inner snowcap dan baju kurung serta koleksi combo dengan harga bawah RM100. Best kan?Jadi cepat-cepat pergi ke website Qasreena https://www.qasreena.my/

Jumpa di next entri ❤

Categories
Uncategorized

Big Stage 2 berakhir, Gegar Vaganza kembali

Ahad lalu telah berakhirnya Big Stage 2 dengan wakil dari Korea Selatan, Han Byul berjaya merangkul gelaran juara dan Neeta Maneesha dari Malaysia di tempat kedua. Dua peserta ini sememangnya sudah dijangka akan bersaing sengit berikutan prestasi persembahan mereka yang konsisten saban minggu.

Han Byul bersama trofi juara Big Stage
Sumber gambar : Beautifulnara.com

Jumlah markah mereka juga hanya dibezakan dengan peratus undian online dari peminat. Berdasarkan markah yang diberikan juri untuk persembahan mereka pada malam akhir, jelas Han Byul dan Neeta meninggalkan finalis lain.

Han Byul layak juara

Melihat kepada prestasi Han Byul dari minggu pertama, ramai yang sudah meramal beliau akan menjadi juara untuk musim ini. Sejak mempersembahkan lagu Vroom Vroom nyanyian asal Nabila Razali, Han Byul berjaya menarik perhatian peminat Malaysia yang teruja dengan kefasihannya menyanyikan lagu Bahasa Malaysia. Sebaik sahaja beliau diumumkan sebagai juara, muncul juga suara-suara sumbang yang mempertikaikan kemenangannya hanya kerana ramai anak muda Malaysia taksub sangat dengan Kpop.

Alahai, janganlah berfikiran sempit macam itu ya. Dato’ Siti Nurhaliza pon cakap yang dia layak menang kerana kebolehan dan prestasi yang baik sepanjang pertandingan. Netizen yang tak puas hati peserta kegemaran mereka tak menang tu janganlah merungut pula ya. Tidak mendapat gelaran juara tak semestinya tak bagus kan. Tengok sahaja Neeta, Adzrin dan yang lain masing-masing ada kelebihan tersendiri.

Naqiu – peminat teruja

Ahad depan boleh saksikan Naqiu beraksi
Sumber gambar : Gempak.com

Berakhirnya Big Stage kali ini, minggu hadapan akan bermulalah pula Gegar Vaganza 6. Barisan peserta telah diumumkan dan nampaknya bukan calang-calang juga ya peserta kali ini. Paling mendapat perhatian, vokalis kumpulan Boboy, Naqiu yang sudah lama tidak membuat kemunculan di kaca televisyen.

Peminat yang lahir sekitar tahun 90-an termasuklah Reen sangat teruja untuk tengok Naqiu nanti. Semasa di sidang media pengenalan peserta Gegar Vaganza pun peminat terkejut sebab rupa Naqiu ni tak berubah langsung dari zaman Boboy. Makan apa la agaknya ya sampai masih kekal muda remaja.

Okaylah, setakat ini dulu perkongsian Reen untuk kali ini. Jumpa di next entri ❤

p/s : Reen sedih sebenarnya tak dapat tengok Hanbyul dah. Jangan bash Reen okay. Spread LOVE

Categories
Uncategorized

Kopi,biskut kering atau kopi,kek?

Sumber gambar : The Independent UK

Peminat-peminat kopi seantero dunia semalam menyambut Hari Kopi Sedunia dan tweet mengenainya trending di Twitter. Istimewanya kopi sehinggakan ada hari khas untuk peminat tegar kopi merayakannya pada setiap 1hb Oktober.

Kepelbagaian jenis kopi

Kalau ditanya kepada pencinta kopi, pasti mereka boleh senaraikan jenis-jenis kopi yang ada dan dapat membezakan rasa setiap jenis kopi. Reen antara peminat kopi tapi tidaklah tahu semua jenis kopi. Ada Americano, Machiato, Latte, Ekspreso, Cappucino dan macam-macam lagi. Selain dari jenis kopi yang berbeza, cara pembancuhan kopi juga berbeza-beza di luar negara.

Pencuci mulut pelengkap kopi

Penggemar kopi akan melengkapkan minuman kopi mereka dengan pencuci mulut. Kalau di Malaysia, biskut kering adalah snek yang paling sesuai tambahan lagi apabila dinikmati ketika minum petang dan ketika hari hujan. Kopi pekat kaw-kaw, nikmat paling tak terkata. Selain biskut kering, kita juga boleh menikmatinya dengan kek, pie dan donut. Kombinasi rasa kelat dan manis sememangnya memberikan kepuasan kepada penggemar kopi.

Biskut kering dicicah dengan kopi pekat. Terbaik!!!

Dipadankan dengan Carrot Cake. Yummy!!!

Apple pie untuk feeling feeling berada di Eropah

Sumber gambar : Google Images

Terliur pula tengok pencuci mulut yang ada kan. Kepada pembaca, boleh kongsikan kepada Reen juadah yang kalian suka nikmati bersama kopi. Sambil minum kopi, boleh scroll website Qasreena www.qasreena.my dan tengok koleksi-koleksi kami okay 😉. Jumpa di next entri. ❤