Categories
Uncategorized

Pesona Mira Filzah, buah hati rakyat Malaysia

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan Mira Filzah. Setiap drama yang dilakonkannya pasti menjadi buah mulut netizen. Drama Sweet Dreams yang baru sahaja tamat siarannya menjadi trending di Twitter setiap kali ditayangkan. Dalam masa yang sama juga, filem Sangkar yang turut dibintangi oleh Mira telah mencapai 10.3 juta penonton dalam tempoh 17 hari tayangan.

Keserasian bersama hero

Drama Lelaki Kiriman Tuhan (LKT), Pujaan Hati Kanda (PJK) dan terbaru Sweet Dreams adalah antara drama yang menjadikan Mira sebagai teraju utama. Keserasian antara Mira Filzah dan hero-heronya antara yang mencuri perhatian. Gandingan Mira dan Remy Ishak dalam LKT dan PJK dilihat sangat menjadi begitu juga dengan Ben Amir dalam Sweet Dreams sehinggakan peminat berharap mereka benar-benar mempunyai hubungan istimewa dalam kehidupan sebenar.

Remy Ishak, Hero Pujaan Hati Kanda

Ben Amir #QashPuteri

Sumber gambar : Instagram Mira Filzah

Raih peminat lelaki dan wanita

Berdasarkan pemerhatian Reen juga, ramai kaum lelaki yang sangat suka dan teruja dengan Mira Filzah. Personaliti Mira yang sopan dan soft spoken membuatkan ramai lelaki yang menaruh hati pada beliau. Apabila ditanya tentang keistimewaan Mira Filzah, sikapnya yang comel dan tidak seperti dibuat-buat itu yang menjadikan Mira Filzah sangat menarik di mata mereka. Bukan sahaja kaum lelaki, golongan wanita juga tidak terkecuali meminati Mira.

Trendsetter

Mira dengan gaya tudung watak Puteri dalam drama Sweet Dreams

Golongan wanita meminati Mira kerana Mira turut dilihat sebagai trendsetter dalam fesyen. Cara berpakaian dan gaya tudung Mira sering menjadi rujukan wanita muda. Sebagai contoh, gaya tudung watak Puteri dalam Sweet Dreams menjadi ikutan anak muda yang sukakan kelainan dan gaya chic.

Berbekalkan imej dan identiti yang positif, kurang terpalit dengan publisiti murahan Mira Filzah kini menjadi buah hati rakyat Malaysia sebagaimana Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang sangat disayangi ramai.

p/s : Reen pon peminat Mira Filzah tau 😉

QasreenaLovers juga boleh kongsikan tau sebab korang meminati Mira Filzah. Jumpa di next entri 😘

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *