Categories
Uncategorized

#JusticeForAdib – Teruskan berdoa rakyat Malaysia

Mahkamah Koroner telah memutuskan  kematian anggota bomba yang terbunuh ketika rusuhan di Kuil Sri Mariamman, Muhamad Adib Mohd Kassim adalah disebabkan perbuatan jenayah.

Setelah 41 hari inkues berjalan dengan melibatkan 30 saksi termasuklah beberapa orang pakar dipanggil akhirnya rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan kes ini dapat menarik nafas lega.

#JusticeForAdib trending

Hari ini #JusticeForAdib kembali trending di Twitter dan rata-rata netizen menzahirkan rasa syukur kerana kematian beliau dapat dibela. Kes kematian beliau menjadi isu hangat kerana beliau terkorban angkara rusuhan kaum yang dicetuskan oleh pihak-pihak berkepentingan.

Sumber imej : Harian Metro

Teruskan berdoa

Reen mengajak semua pembaca dan rakyat Malaysia untuk terus mendoakan agar keadilan dapat diberikan terhadap arwah Adib dan Allah memberikan kekuatan kepada seluruh ahli keluarga beliau. Semaikan kedamaian dan jauhi permusuhan kaum. Pray for a better Malaysia.

Jumpa di next entri ❤

Categories
Uncategorized

Jerebu – Banyakkan minum air, kurangkan aktiviti luar

Setiap tahun Malaysia adalah antara negara yang sering terjejas akibat jerebu yang berlaku di negara jiran Indonesia. Sehingga hari semalam, Sri Aman mencatatkan Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 300 dan dikategorikan dalam bacaan paling bahaya.

Minum air, kurangkan aktiviti luar

Antara usaha yang kita boleh lakukan semasa musim jerebu ini ialah dengan banyakkan minum air masak serta kurangkan aktiviti luar yang boleh mendedahkan kita kepada jerebu. Kita juga dinasihatkan untuk tidak membeli makanan yang dijual di tepi-tepi jalan kerana dalam keadaan jerebu ini kita tidak pasti tahap kebersihannya dan pastinya makanan tersebut telah tercemar.

Topeng muka

Selain itu, kita dinasihatkan untuk memakai topeng muka apabila keluar dari rumah. Topeng muka bertindak untuk melindungi kita daripada menyedut udara yang tidak sihat. Topeng muka yang sesuai dipakai ialah jenis topeng pernafasan N95. Topeng jenis ini berupaya menutup sepenuhnya ruang pernafasan hidung dan mulut. Ia berkebolehan menapis habuk dan debu sehalus 0.3 mikrometer.

Topeng muka N95

Jadi kepada semua QasreenaLovers, jangan lupa amalkan cara di atas untuk mengelakkan masalah kesihatan yang lain timbul. Jumpa di next entri!!!!

Categories
Uncategorized

Pesona Mira Filzah, buah hati rakyat Malaysia

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan Mira Filzah. Setiap drama yang dilakonkannya pasti menjadi buah mulut netizen. Drama Sweet Dreams yang baru sahaja tamat siarannya menjadi trending di Twitter setiap kali ditayangkan. Dalam masa yang sama juga, filem Sangkar yang turut dibintangi oleh Mira telah mencapai 10.3 juta penonton dalam tempoh 17 hari tayangan.

Keserasian bersama hero

Drama Lelaki Kiriman Tuhan (LKT), Pujaan Hati Kanda (PJK) dan terbaru Sweet Dreams adalah antara drama yang menjadikan Mira sebagai teraju utama. Keserasian antara Mira Filzah dan hero-heronya antara yang mencuri perhatian. Gandingan Mira dan Remy Ishak dalam LKT dan PJK dilihat sangat menjadi begitu juga dengan Ben Amir dalam Sweet Dreams sehinggakan peminat berharap mereka benar-benar mempunyai hubungan istimewa dalam kehidupan sebenar.

Remy Ishak, Hero Pujaan Hati Kanda

Ben Amir #QashPuteri

Sumber gambar : Instagram Mira Filzah

Raih peminat lelaki dan wanita

Berdasarkan pemerhatian Reen juga, ramai kaum lelaki yang sangat suka dan teruja dengan Mira Filzah. Personaliti Mira yang sopan dan soft spoken membuatkan ramai lelaki yang menaruh hati pada beliau. Apabila ditanya tentang keistimewaan Mira Filzah, sikapnya yang comel dan tidak seperti dibuat-buat itu yang menjadikan Mira Filzah sangat menarik di mata mereka. Bukan sahaja kaum lelaki, golongan wanita juga tidak terkecuali meminati Mira.

Trendsetter

Mira dengan gaya tudung watak Puteri dalam drama Sweet Dreams

Golongan wanita meminati Mira kerana Mira turut dilihat sebagai trendsetter dalam fesyen. Cara berpakaian dan gaya tudung Mira sering menjadi rujukan wanita muda. Sebagai contoh, gaya tudung watak Puteri dalam Sweet Dreams menjadi ikutan anak muda yang sukakan kelainan dan gaya chic.

Berbekalkan imej dan identiti yang positif, kurang terpalit dengan publisiti murahan Mira Filzah kini menjadi buah hati rakyat Malaysia sebagaimana Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang sangat disayangi ramai.

p/s : Reen pon peminat Mira Filzah tau 😉

QasreenaLovers juga boleh kongsikan tau sebab korang meminati Mira Filzah. Jumpa di next entri 😘