ASPIRASI PILIHAN TUDUNG TERBAIK UNTUK PADANAN PAKAIAN ANDA

ASPIRASI PILIHAN TUDUNG TERBAIK UNTUK PADANAN PAKAIAN ANDA

Assalamualaikum #qasreenalovers Hi!!! 😘

Mama Reen ada nak kongsi something dekat korang semua. hah nak tau ape? stay tuned guysss 😉

Bagi para wanita yang bertudung tu pastinya korang semua mengalami masalah dalam memilih tudung yang sesuai dengan pemakaian korang kan? haihh Mama Reen pun kalau nak pilih tudung tu nak padankan dengan baju kemain lamaaa oii nasib badan laaa huhuhu ..  Kadang rasa stress pikir tudung mana nak pakai sesuai dengan baju. Pening kepala tu kann pernah sampai tak jadi keluar tauu hmm.. korang pernah tak kena macamni?

” tudung tu salah tudung ni salah ” haihh rasa tak cukup tudung untuk dipakai sebab warna dan jenis tudung yang ada tak sesuai dengan baju dan pakaian kita. Alah biasa lah gegurl mana pernah keluar tak cantik kan kan girls #qasreenalovers 😘 abe dirumah siap sedia okeh! Kena borong tudung barulah nampaknya ni hahaha😂

Sebagai hijabisterr , kebanyakan kita mesti runsing kalau bab bab ” mix and match ” ni kan. Tahukah anda ramai di antara hijabis yang menjadi ‘mangsa fesyen’. Dek kerana terlalu taksub dengan fesyen, segelintir hijabis gagal mengayakan fesyen tudung mereka dengan menarik. haaa Mama Reen taknaklah korang gegurls Mama Reen semua #qasreenalovers tergolong kannn 😚..

so, Mama Reen sediakan tips untuk #qasreenalovers yang pastinya membuatkan korang tampil menarik dan trendy dengan pengayaan hijab dan pakaian yang bersesuaian.

Panduan Pilih Tudung Terbaik sesuai dengan pakaian

(1)Tudung Berwarna Neutral

Tudung berwarna putih menampakkan seorang wanita tampak jernih dan berseri, kalau warna hitam atau beige pula boleh dipadankan dengan pakaian yang ada dalam almari pakaian korang. haaa sama ada pakaian korang berwarna-warni, mempunyai jalur atau semua warna block, ketiga-tiga warna itu tidak pernah salah untuk digayakan dengan pakaian korang. Korang boleh gayakan dengan tudung neutral haa tak perlu nak pikiaq lama lama dah nak tudung warna tu ka warna ni ka. So girls! boleh dikatakan wajib untuk korang memiliki tudung berwarna putih, hitam dan beige ni untuk kesenangan korang okayys

(2)Pilih warna yang lebih cair dan cerah

Sekiranya korang tidak suka memadankan tudung warna yang sama dengan pakaian korang, korang boleh je nak pilih tudung warna yang lebih cerah atau gelap daripada warna pakaian korang, korang juga boleh pilih untuk pakai warna tudung sama dengan warna skirt atau seluar korang, haaa contohnya kalau korang pakai seluar putih dan baju berwarna lain digandingkan dengan tudung yang sama warna dengan seluar korang. Barulah padanan warnanya seimbang hiks



(3)Tudung printed atau bercorak

Takde yang setanding dengan tudung printed atau bercorak yang cantik untuk menjadikan pakaian muslimah korang tampil bergaya dan hebat! kalau korang berani, pakai tudung yang bercorak itu dengan baju bercorak yang berlainan. haaa kalau korang nak selamat lagi, korang boleh gayakan dengan pakaian berwarna yang plain haa kira baju tanpa corak lah. Takdelah nampak serabut sangat kan sebab gandingan bercorak dengan plain memang pasti cantikkkks lah

(4)Tudung berwarna neutral dengan pakaian bercorak

Jika korang benar2 suka memakai pakaian bercorak, korang tidak boleh salah dalam memilih tudung tau! haaa kalau salah gandingkan boleh nampak serabut. Sooo, Korang perlu pilih tudung yang ada warna sama dengan salah satu warna dalam corak pakaian korang, atau korang boleh memilih untuk memakai tudung berwarna neutral seperti putih, hitam dan beige. Jadi, korang tidak perlu pening2 lagi dah dan boleh mula cuba gayakanya daripada sekarang okayy

(5) Gunakan palet warna memadankan warna yang berbeza

Jika korang suka gandingkan warna2 yang berbeza, korang boleh menggunakan mana2 palet warna untuk melihat  warna yang saling melengkapi dengan cara yang terbaik seperti coklat dan hijau, biru dan merah jambu, kuning dan merah juga kelabu dengan ungu. tak usah bimbang lah girls #qasreenalovers sebab warna palet ni sesuai tau cantikss dek mata memandanglah katanya.  Tak jadi masalah bagi korang untuk menggabungkan warna2 kesukaan korang dalam pemakaian lepasni.  Cumanya janganlah sampai semua warna nak dipakai dalam satu masa hahahah atleast padankan dua warna dah cukup untuk dipakai dalam harian kita

Okeylah Mama Reen rasa sampai sini je lah dulu tips dari Mama Reen. see you next time okayy 😘 #qasreenalovers