CARA MENGHILANGKAN KESAN KOTORAN PADA PAKAIAN

CARA MENGHILANGKAN KESAN KOTORAN PADA PAKAIAN

Assalamualaikum, hi girls!😘 #qasreenalovers

korang pernah tak bila nak basuh tudung je ada lah bendasing2 melekat dekat tudung. ada bekas sambal lah kesan minyak muka lah. Paling bencii bila kesan makeup terlekat dekat tudung. pernah tak kena macamni? hmmm.. Mama Reen rasa nak meraung jahh bila makeup Mama Reen tu meninggalkan kesan dekat tudung Mama Reen. my favourite tudung tuuu you allss .

betul lah dulu dulu nenek Mama Reen penah habaqq tau kalau tudung ni hang toksoh main main lahhh weii sebab tudung susah sangat nak jaga! susah bangett nak tanggalkan kotoran! ye dokk girls?#qasreenalovers .

Girls ni memang suka makeup haa lagilah bila cuaca panas makeup pada muka kita akan pecah minyak then minyak, krim foundation pun melekit pada shawl kita, dan tersangatlah susah untuk hilang bila lepas mencuci betul tak ?

Dulu dulu Mama Reen gunakan tips dari nenek Mama Reen tau haaa macam mana nak hilangkan kesan kotoran seperti kesan makeup pada pakaian kita. haaa nak tau? huhuhu

 

TIPS UNTUK MENGHILANGKAN KESAN MAKEUP PADA PAKAIAN  

                                                             

 

  •  Gunakan sabun mandi untuk menghilangkan kesan kotoran

korang ambil satu ketul sabun mandi dan gosok perlahan-lahan pada tempat yang kotor tu tak kisah la guna tangan atau berus gigi perlahan-lahan tau. Pada kain yang terkena minyak pula korang boleh rendamkan dalam air panas, tapi korang jangan lah basahkan tudung sepenuhnya hahahah korang rendam pada tempat yang ada kesan kotoran aje. lepastu korang angkat dan sapukan bedak supaya ia meresap kesan minyak tersebut terakhirnya sapukan majerin sedikit, biarkan seketika dan korang basuh seperti biasa.

 

  • Gunakan baking soda untuk menghilangkan kesan minyak.

bahan-bahannya ; mangkuk besar/baldi, berus gigi, pencuci baju, pinggan dan baking soda

1) Dalam baldi tu, masukkan pencuci dalam 1/4 penutup dia, air suam dengan baking soda

2) Dalam mangkuk kecil, korang masukkan 1/4 pencuci pinggan baking soda sikit je dalam setengah sudu, and then korang gaul sampai sebati

3) Berus gigi, ambil campuran kat dlm mangkuk kecil tu, korang letak kat kotoran tu, beruskan ia. apabila kelihatan kotoran nya dah hilang, masukkan dalam baldi

4)  korang rendam. lepas 30 minit camtu, korang gosok dekat tempat kotor tadi. dan seterusnya korang keluarkan air dalam baldi, korang masukkan air sejuk..tunggu 10 minit dah boleh  sidai

 

  • Gunakan limau nipis dan belimbing untuk menghilangkan karat

bahan-bahannya ; garam, cuka, sabun mandi, limau dan buah belimbing

Cara 1: korang taburkan garam dekat bahagian yg terkena baju korang dan percikkan cuka juga pada bahagian baju yg terkena karat tu.lepas tu,biarkan seketika dan kemudian korang boleh basuh lah  baju korang seperti biasa guna sabun basuh

Cara 2: Gosok isi limau nipis dekat bahagian yg terkena karat tu dan kemudian korang rendam pakaian tu dalam air garam,biarkan seketika dan kemudian basuh seperti biasa dengan sabun basuh.

Cara 3: sapukan sabun mandi dekat bahagian yang terkena karat hingga menutupi kawasan yg terkena karat  tu.Kemudian korang rendam ke dalam air yg telah diperah limau kasturi dan biarkan seketika  kemudian basuh seperti biasa dengan sabun basuh.

Cara 4: Sental buah belimbing buluh masak dekat bahagian pakaian yg terkena karat lepas tu,korang biarkan seketika kemudian basuh seperti biasa dengan sabun basuh.

 

TIPS MENGHILANGKAN KESAN DEODORANT PADA PAKAIAN

(a)Garam

Kaedah ini dapat membantu korang untuk menghilangkan kesan kotoran lama yang ada pada pakaian korang dan selamat untuk digunakan. Ambil sedikit garam, basahkan kesan kotoran dan sapukan garam di atasnya dan biarkan ia selama 8 hingga 12 jam atau semalaman. kemudian korang basahkan pakaian sekali lagi dan sapukan lebih banyak garam. Seterusnya, gosok sedikit bahagian yang ada kesan tu dan letakkan pada pakaian berkenaan. Last sekali korang masukkan pakaian dalam mesin basuh dan pilih kitaran basuh yg diperlukan. #simpledanmudah

(b)Cuka

Basahkan kesan kotoran degil tu dengan cuka dan biarkan ia semalaman. Cuci pakaian korang seperti biasa. P/s : Kaedah ini boleh digunakan pada pakaian berwarna, fabrik bulu dan kain semulajadi yang lain. Elakkan daripada menggunakan cuka pada pakaian putih kerana pakaian korang boleh menjadi kekuningan.

(c)Jus Lemon

korang boleh menggunakan jus lemon untuk menghilangkan kesan deodoran yang baru. Titiskan beberapa jus lemon pada kesan kotoran and then korang biarkan ia selama lima hingga sepuluh minit. Setelah itu, basuh pakaian korang dalam air suam.