Categories
Uncategorized

TIPS PEMILIHAN PAKAIAN MENGIKUT WARNA KULIT

Assalamualaikum hii fans Mama Reen #qasreenalovers 😊❤

Ok, korang nak tahu tak gara-gara terlalu minat dengan Maya Karin, kita pun beria-ia nak pakai kebaya hijau pucuk pisang supaya nampak serupa macam bintang pujaan kan. Tapiiii masalahnya bila dipakai, kita pula yg nampak macam pokok pisang hahahaha 🤣

Kalau kome semua nak tau sebenarnya kesesuaian baju tu mengikut warna kulit kita tau. haa cuba bayang lah kan kalau kita kulit gelap tapi pakai baju kuning terang tuu.. haaa sesuai tak sesuai ?? haaa baju yang dipakai oleh orang berkulit putih tak semestinya nampak cantik bila dipakai oleh orang yang berkulit sawo matang. Macam orang bercinta, warna kulit dan warna baju pun harus ada chemistry tersendiri tau hahahahaha 😝

Untuk pengetahuan korang semua, pemilihan warna yang tepat akan memberikan korang ;

  • Warna kulit yang lebih cerah
  • Mata terlihat lebih indah
  • Bagi yang freehair terlihat lebih bercahaya
  • Yang berhijab nampak lagi anggun
  • Yang berbadan besar terlihat kurus

And then pemilihan warna yang kurang tepat pula akan memberikan

korang;

  • kulit terlihat lebih gelap dan kusam
  • gigi korang kelihatan kuning
  • saiz badan lebih terserlah

so guys #qasreenalovers! Mama Reen nak kasi sembang sikit. Tips Pemilihan Pakaian Mengikut Warna Kulit ;

 

(1) Kulit Gelap

Ramai wanita berkulit eksotik atau berkulit gelap kurang keyakinan diri apabila memilih warna yang sama sahaja.Sebenarnya korang perlu memilih warna yang sesuai untuk kelihatan cantik dan menawan. Sebaiknya korang perlu kenakan busana berwarna tanah yang lebih lembut dan warna-warna premier seperti hitam, putih, biru lembut, merah, pink tua, kuning atau lemon untuk kelihatan lebih cerah. Dan korang perlu menghindari warna busana yang terlalu kontra dengan warna kulit seperti warna turquoise, hitam, hijau daun, kuning lembut, rose dan pastel lembut.

 

(2)Kulit kuning langsat

Wanita yang berkulit kuning langsat akan kelihatan lebih menarik apabila mengenakan warna-warna tropis seperti hijau, merah dan biru. Selain itu, warna jingga dan kuning juga akan membuatkan korang kelihatan lebih fashionable. Korang juga akan kelihatan terserlah jika gabungan warna terang dan gelap digabungkan seperti  putih + hitam, navy + merah jambu.

 

(3)Kulit Sawo Matang

Untuk wanita yang berkulit sawo matang sangat disarankan untuk memilih pakaian bewarna ungu, maroon dan silver. Untuk yang berkulit agak kecoklatan, sangat sesuai digandingkan dengan warna terang dan gelap yang tampak lagi mewah. Agar kelihatan lebih menonjol, warna lain yang sesuai adalah burgundy, beige dan navy. Hindari memakai pakaian yang berwarna merah dan coklat gelap kerana ianya tidak sesuai untuk orang yang berkulit sawo matang. Paling penting, jangan sesekali memakai warna hijau lumut, hijau zaitun dan coklat gelap kerana  ia akan membuatkan kulit korang lebih kusam.

    
(4)Kulit putih

Bagi mereka yang memiliki  kulit putih tentunya memudahkan korang dalam pemilihan warna pakaian, namun sebenarnya korang akan terlihat elegan saat mengenakan warna pakaian lembut seperti warna pastel. Korang juga pasti kelihatan lebih cantik dan comel jika memakai pakaian yang berwarna terang dan bercorak batik kerana warna tersebut akan membuatkan korang terlihat sangat menarik dan rileks sahaja. Sebagai tambahan, kepada orang yang berkulit putih perlu hindari warna purple lilac kerana warna lilac akan menampakkan kulit korang lebih pucat dan tiada tarikan kontra.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *