Categories
Uncategorized

Tampil Berkeyakinan dengan Belle Palazo by Qasreena

Assalamualaikum dan Hai semua QasreenaLovers, 😍😍

Kali ni Mama Reen nak kongsi dengan korang tentang koleksi Belle Palazo dari Qasreena. Sebelum tu, Mama Reen nak share la sikit macam mana fesyen seluar Palazo ni boleh muncul dan jadi trend sekarang.

Kemunculan Palazo

Palazo mula popular pada hujung 1960 dan awal 1970 an dan sering dipakai ketika musim panas di negara-negara Barat. Ketika itu, terdapat beberapa restoran mewah yang melarang golongan wanita memakai seluar dari memasuki premis mereka. Disebabkan itu, terdapat golongan wanita yang cuba untuk tidak mempedulikan larangan tersebut dengan memakai seluar jenis palazo.



Palazo Sesuai Ketika Cuaca Panas

Malaysia memang tidak mengalami musim panas tapi kita punya cuaca panas dan lembap. Kalau datang masa cuaca panas, ha MasyaAllah!!!Semasa cuaca panas, pemilihan pakaian sangatlah penting. Rekaan palazo kembang dari pinggang hingga buku lali. Ciri-cirinya yang longgar dan fabrik kembang yang digunakan membuatkan palazo selesa dipakai ketika cuaca panas.

Wanita Bekerjaya, Menghadiri Temuduga

Palazo sangat sesuai untuk dipakai untuk ke pejabat kerana rekaannya yang semi casual. Bagi yang ingin menghadiri temuduga, palazo juga adalah pilihan yang terbaik dan akan menyerlahkan lagi keterampilan korang. Penampilan korang akan mempengaruhi first impression bakal majikan tau.

 

Belle Palazo by Qasreena

 

Jadi, korang dah tahu lebih lanjut pasal palazo kan, sekarang ni Mama Reen kongsi dengan korang Belle Palazo yang ada semua kriteria palazo yang Mama Reen duk cerita tadi. Belle Palazo ni ada 5 warna yang memang mengancam. Sekarang kita tengah buat combo sales tau. Pastikan korang tak terlepas sales ni ye. 😍🤗

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *