Categories
Uncategorized

6 Kelebihan Kain Como Crepe

Assalamualaikum #qasreenalover  semua,. ..😘😘

Kali ni Mama Reen nak kongsi pula sikit sebanyak tentang kelebihan kain como crepe, apa eh kain como crepe ni? tak tau kan? ok Mama Reen kongsi pada semua yer😉😉😉.

Pasti setiap orang nak cari pakaian yang selesa kan, supaya bila kita pakai pakaian tersebut tak panas dan boleh tahan lama, Haa kalau korang pilih material jenis Como crepe ni, memang korang tak menyesal lah, sebab apa? Mehh kita tengok mengapa..



  • Material yang lembut dan selesa walaupun dipakai sepanjang hari 👍
  • Material yang tidak panas dan bersifat ‘breathable’📛
  • Kain yang tidak jarang dan melekat. Jadi tak perlu pakai inner❌
  • Material yang “less ironing”. Hanya ‘minimal ironing’ sahaja✅
  • Material yang “Easy washable”🤗
  • Nampak effect kurus. Kain como crepe yang berat membuat si pemakai nampak kurus😍

Kalau uolls nak tahu rasa macam mana bila pakai como crepe ni , meh try Nini blouse by Qasreeena. Serius ramai customer bagi feedback selesa sangat pakai Nini Blouse ni.  Barulah dah kenal dan jatuh cintaa 😘😍

Nini Blouse by Qasreena

Categories
Uncategorized

9 Tips Menghadapi Cuaca Panas

Hai Assalamualaikum Qasreena lovers. 😍🤗 Mama Reen harap u alls semua sihat-sihat belako yer. Bukan nya apa sekarang musim panas, ada negeri telah berada di zon merah suhu mencecah 37°C, tinggi kan? Nak buat aktiviti luar pun perlu berfikir banyak kali. Bahang kepanasan tu terasa sampai ke malam. Nak tidur pun kadang-kadang tak selesa, memikirkan bahang panas dalam rumah. Jadi, disebabkan cuaca sangat panas sekarang ni Mama Reen nak share tips bagaimana nak hadapi cuaca panas. Moga memanfaat pada semua. 😊

 

1. Jangan berjemur di tengah panas

Elakkan aktiviti yang terdedah dengan matahari terik dan berjemur kerana ia dapat mengakibatkan kanser kulit dan kesan penuaan kulit bagi jangka masa yang panjang.

 


2. Banyakkan minum air kosong

Banyakkan minum air kosong untuk mengekalkan kecerdasan waktu musim panas dan dapat membantu mengurangkan dehidrasi waktu musim panas.

 

3. Pakai topi atau payung yang bersaiz besar

Pemilihan topi atau payung yang bersesuaian pada musim panas juga amat membantu dalam menghadapi cuaca panas kerana dapat menghalang dari cahaya matahari terkena kita secara direct.

 

4. Kurangkan aktiviti luar

Kurangkan aktiviti luar pada waktu siang kerana hal ini dapat mengurangkan peningkatan suhu badan jika melakukan aktiviti extreme. Ia juga dapat mengelakkan anda terkena strok haba jika badan tidak dapat menampung suhu yang berlebihan.

5. Berehat dengan kerap di tempat yang teduh dan sejuk

Lebihkan aktiviti indoor bersama keluarga atau rakan-rakan dan dapat mengelak anda terdedah dengan terik matahari dan terkena strok haba.

 

6. Buka tingkap rumah atau kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan

Membuka tingkap adalah untuk pengudaraan yang bagus di dalam rumah. Untuk mengelakkan anda menjadi tidak selesa apabila berada di dalam rumah.

 

7. Memakai pakaian yang berwarna terang dan longgar

Pilih pakaian yang nipis diperbuat daripada kain kapas atau linen ketika musim panas untuk mengelakkan dari berpeluh secara berlebihan akibat cuaca panas.

8. Gunakan losyen pelindung matahari

Losyen pelindung matahari amat penting untuk kulit. Kulit yang terdedah dengan cahaya matahari tanpa pelindungan losyen sunblock ini amat berisiko untuk terkena kanser kulit atau merosakkan kulit.

9. Minum minuman isotonik atau air kelapa

Minuman isotonik dan air kelapa mengandungi gabungan air, gula dan eloktrolit yang sesuai untuk sistem hidrasi badan manusia. Ia dapat menggantikan air, garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh. Minuman ini amat disarankan untuk mengembalikan suhu badan kepada paras normal.

 

Categories
Uncategorized

Minta Maaf dan Memaafkan

Haiii Assalamualaikum Qasreena lovers.. 😍😍

Wah pejam celik pejam celik dah masuk pertengahan bulan 3 dah !! Cepat nyee masa berlalu..🙀🙀 Alahai umur kita pun makin meningkat kan.. Pastu kalau korang perasan setiap hari kita akan berurusan di antara satu sama lain. Kemungkinan untuk salah faham itu akan ada. Sebolehnya kita akan cuba mengelak perkara demikian dengan menjaga adab, berkata dengan perkataan yang baik dan jika mahu menegur pun, biarlah pada waktu yang sesuai.

Namun bagaimana jika terjadi juga salah faham? Haa Mama Reen sendiri pun risau bab2 salah faham ni boleh gaduh kann..?? Jadi bila kita renungkan balik Allah dah remind pada kita.. Ada ayat quran yang mengatakan….

“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” 

(Surah Al-Hujurat: 10)

So apa kita perlu buat? Jangan bergaduh.. Saling lah bermaafan.. Korang nak tau meminta maaf tu adalahhh... Sifat yang berani tauu..Adalah penting untuk kita menjaga hati orang lain. Itu adalah tanggungjawab. Namun kita tidak akan dapat lari daripada kesilapan. Kita perlu akui hakikat itu.

Jangan menunda untuk momohon maaf kerana hal-hal esok tidak dapat dijangka. Cara terbaik adalah bercakap secara berdepan serta akuilah kesalahan kita. Tidak rugipun jika kita berdepan dengan kebenaran. Apa yang penting kita berusaha memperbaiki ukhwah tersebut dan mahu cuba perbaiki kesilapan diri untuk tidak lagi mengulanginya.

Hidup adalah seketika sahaja. Jadi, tiada gunanya untuk kita bergaduh lama-lama. Ikhlaskan meminta maaf dan beri masa pada orang untuk memaafkan kita. Perasaan adalah sesuatu yang tidak boleh dipaksakan, jadi doalah yang baik-baik untuk masa depan yang lebih baik.



Namun bagaimana jika hati kita pula yang terluka? Haaa camna eh?? 🤔

Mahukah aku ceritakan kepadamu mengenai sesuatu yang membuat Allah memuliakan kedudukan dan meninggikan darjatmu? Para sahabat menjawab; tentu. Rasul pun bersabda; Kamu harus bersikap sabar kepada orang yang membencimu, kemudian memaafkan orang yang berbuat zalim kepadamu, memberi kepada orang yang memusuhimu dan juga menghubungi orang yang telah memutuskan silaturahim denganmu.” 

(Hadis riwayat al-Thabrani)

Rasulluallah dah mengatakan sentiasa memaafkan. Memaafkan adalah sifat orang yang kuat. Sesekali ubahlah sudut pandang kita (jika berada di tempat orang lain) kerana hakikatnya kita juga mahu dimaafkan. Bersikaplah dengan sikap positif untuk lebih tenang dan cekal dalam menghadapi hidup. Ikhlaskan. Lakukan kerana kita tahu memaafkan adalah sifat yang mulia dan Allah suka.

Jangan hidup pada masa lalu, ada perkara yang perlu kita lepaskan untuk menemui hari baru yang lebih baik. Kelebihan orang yang memaafkan orang lain ini adalah mendapat kecintaan dan keampunan daripada Allah serta mendapat pembelaan daripada-Nya. Siapa tahu dengan memaafkan seseorang akan membuka pintu rahmat yang lebih besar untuk kita dan orang di sekeliling kita kelak. Insya-Allah.

Sesungguhnya sesuatu nikmat itu selalu datang melalui jalan yang tidak disangka-sangka.

Dan bersegeralah kamu mencari ampunan daripada Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan.

(Surah Ali-Imran: ayat 133-134)

Islam adalah agama kasih sayang. Jadi, Mama Reena nak pesan mulakan hari ini dengan memohon maaf jika rasa ada kesilapan dan belajarlah memaafkan. Mudah-mudahan kita semua menjadi hamba-Nya yang bertaqwa

NEW EDITION by QASREENA!!✨✨