Categories
Uncategorized

CARA HILANGKAN KESAN PEN PADA BAJU

HAIII!!!Assalamualaikum semua 🤗

Hari ni mama reen ada sesuatu yang menarik hendak dikongsikan…Memang sakit hati,kecewa dan geram bila baju terkena dakwat pen kan?? Tambah-tambah lagi baju baru je beli,pakai pon baru sekali dua. Bila dah kena,memang dah tak pikir panjang sebab dah tau kalau baju kena dakwat susah nak tanggal atau hilang bila basuh. So last2 jadi kain buruk la jadinya tak pun buang dalam tong sampah.

Haa..Mama Reen nak kongsikan cara hilangkan kesan pen atau dakwat pada baju korang tu 😉

Terkena Pen

  • guna hand sanitize
  • Cream of Tartar – merupakan bahan untuk membuat kek.jika ada kotoran pen di pakaian senang je.Campurkan 2 sudu teh cream of tartar bersama-sama 2 sudu teh jus lemon.Jadikan seperti paste,sapu pada kotoran.Biarkan selama 3-4 jam..Dah kering berus kotoran tersebut dan cuci pakaian seperti biasa.
  • Spray Rambut – kesan kotoran pen matabulat boleh dihapuskan dengan menyembur spray rambut pd kotoran.
  • Ubat Gigi¬†– cara ni adakala berkesan dan ada x berkesan.tengok pada jenis fabrik dan dakwat.Caranya¬† letakkan ubat gigi bukan gel(yg putih ye)pada kotoran dakwat dan sental.Bilas dengan air.cara ni mungkin kena lakukan beberapa kali sehingga semua kesan dakwat boleh dihilangkan.



Terkena Dakwat

  • Susu – untuk pakaian berwarna -hanya rendam pakaian di dalam susu semalaman
  • Garam – untuk dakwat yg masih basah – campurkan garam ke atas kotoran dakwat yang masih basah. Perlahan-lahan tekan kawasan yg basah tersebut dgn tisu. Tujuannya supaya tisu boleh serap kebasahan. Keluarkan tisu dan berus keluar garam. Ulangi berkali-kali hingga kotoran benar-benar hilang

 

Selamat mencuba !! 😘

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *