Qeela Suit by Qasreena

Assalamualaikum #qasreenalover, korang pernah dengar tak peribahasa “Alah bisa, tegar biasa”? mesti korang pernah dengar kan? Apa yang korang faham dengan peribahasa tu? Ala.. Ok lah, Maksudnya benda yang kita rasa susah tu, kalau kita selalu buat korang akan rasa senang sangat. Tapi apa kaitan dengan fashion pulak kan?

Mama Reen bukan nak bebel pasal peribahasa tu tapi Mama Reen nak perkenalkan korang dengan satu suit nie. Bagi Mama Reen peribahasa nie sesuai digunakan dengan Qeela Suit. Kenapa Qeela Suit nak disamakan dengan peribahasa “Alah bisa, tegal biasa” pulak kan!! oklah, Mama Reen tanya korang!! Korang suka pakai colour blocking? Pengalaman Mama Reen handle customer 5 tahun nie, ramai yang tak yakin nak memakai colour blocking nie. Bagi diorang takot orang tengok pelik & malu untuk menonjol di khalayak tapi bila tengok orang pakai cantik pulak ?. Mama Reen dulu sebelum masuk bidang fashion pun macam tu jugak.. Nak pakai colour blocking takot2 lagi.. Takot orang gelak ?.. Bukan colour blocking je takot, nak pakai baju ada lace pun takot, takot orang pandang & kata kita over ?.

Qeela Suit nie, Mama Reen ketengahkan dengan colour blocking dan kombinasi colour yang agak stracking. Mama Reen ketengahkan 2 kombinasi warna dengan design yang agak unik.

Bila korang tengok gambar nie? Apa pendapat korang? Bagi Mama Reen, Qeela Suit agak menarik tau tapi ia hanya bersesuaian dengan orang yang yakin pada diri sendiri. Mama Reen bukan kata korang tak yakin, tapi tak semua orang yakin pada diri sendiri tau.. Asyik nampak orang lain je hebat.. Tak confident dengan diri sendiri. Kenapa Mama Reen kata Qeela Suit nie menarik? sebab suit nie daripada material 100% como crepe, design yang up to date, kombinasi colour lain dari yang lain, less ironing dan banyak lagi.

Design Qeela Suit juga amat sesuai bagi korang yang sukakan loose dan versatile. Walaupun design pada top Qeela Suit mempunyai belah di bahagian hadapan, tetapi ia tidak akan terselak apabila ditiup angin kerana pada bahagian tepi tersebut telah dikemaskan dengan jahitan bertindih agar tidak terbuka. Ia juga tidak kelihatan agak seksi kerana ia dipakai bersama palazo yang loose dan selesa apabila digajayakan. Apa yang penting, ia juga sesuai digayakan di pejabat. Ok, jom Mama Reen belanja 3 warna Qeela Suit yang letop gitu.

Maroon/ Light Pink

Grape/ Mint

Brown/ Light Blue

Kenapa Mama Reen kaitkan Qeela Suit nie dengan peribahasa “Alah bisa, Tegal biasa”? Mama Reen nak bina keyakinan diri dalam diri korang. Dalam hidup, kita kena yakin dengan apa jua yang kita buat. Walaupun pada mulanya agak jangal tapi bila kita dah terbiasa, kita akan rasa itulah kehidupan harian kita.

Ok dah Mama Reen merepek, Mama Reen mengundur diri dulu.. bye uoallsss ??.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *