Aisha Suit by Qasreena

Assalamualikum #qasreenalovers, korang suka tak outfit korang yang berunsurkan riben? Mama Reen suka sangat kalau outfit Mama Reen ada unsur2 riben nie, tak kira la blouse ke, seluar ke, cardigan ke.. bagi Mama Reen dia lawa dan Mama Reen boleh simpul riben tu ikot style yang Mama Reen suka. Tapi sekarang bukan Mama Reen nak membebel pasal riben nie.. Mama Reen nak bercerita sikit pasal outfit kesukaan Mama Reen yang satu nie, gojes sangat2 & ada unsur riben nie.. Tadaaaa.. Aisha Suit.

Lawa tak uoollss? lawakan? Nak tahu kenapa Mama Reen suka sangat Aisha Suit dari Qasreena nie? material dia tak payah iron langsung sebab material suit nie menggunakan material cotton dobi yang berkualiti tinggi. Dah la material tak payah iron, tebal & lembut lagi, sejuk je bila korang pakai. Apa yang penting ia mematuhi syariah tau. Bagi korang yang suka pakai pakaian melepasi punggung memang sesuai sangat. Selain menutup aurat, korang juga boleh bergaya sakan. Siapa kata wanita muslimah tak boleh bergaya? Tak kan nak berjubah je setiap hari kan? tak kisah la pakaian & design apa yang kita pakai asalkan ia tidak melanggar syariah islam.

Aisha Suit nie, Mama Reen tampilkan dengan 3 warna menarik. Walaupun menggunakan 2 gabungan warna tapi ia tetap awesome dan kelihatan elegant pada si pemakai. Apa tak tahu nak ikat riben? Korang jangan risau pasal riben tu.. Mama Reen dah kongsikan cara2 nak ikat riben nie di highlight story @qasreenamalaysia. Korang cuma perlu klik untuk tengok sahaja.

Kenapa Aisha Suit nie kena ada dalam wardrobe korang? sebab kalau ada emergency & korang tak ada casual atau cardigan yang tak payah iron nak di sarung, korang boleh sarung je Aisha Suit nie. Mudahkan? yang penting korang cepat (jimat masa) & kelihatan cantik sentiasa. Tak ada la asal kelam kabut je, korang mesti nampak selekeh. Penampilan tu penting bagi wanita & lelaki, betul tak?

Selain tak payah iron & ada riben yang awesome nie, Aisha Suit nie juga ada cuff dekat lengan so korang dah tak perlu nak pakai hand sock. Korang nak ambik wudhu pun senang kan? tak payah susah nak lipat lengan baju tu sampai ke siku ?. Bagi seorang ibu macam Mama Reen nie, mesti nak kena cari pakaian yang mempunyai nursing friendly kan? ye lah macam mana nak menyusu anak kan. Tak kan nak selak baju tu kan? jadi korang tak perlu risau dengan Aisha Suit nie sebab ia dilengkapi dengan nursing friendly & amat bersesuaian dengan ibu2 yang mempunyai anak kecil. Ok, jom Mama Reen belanja gambar2 Aisha Suit nie…

Rosy Brown/ Soft Pink

Grey/Dusty Blue

Horlick/Blue

Macam mana? Cantik tak combinasi warna2 yang Mama Reen pilih? Kalau korang berminat, korang boleh ke website Qasreena sekarang www.qasreena.my atau boleh ke instagram kami @qasreenamalaysia atau korang boleh hubungi team sale kami :-

https://wa.me/60197387556

https://wa.me/60198139579

https://wa.me/60198139589

Sekian sahaja perkongsian dari Mama Reen ?..

 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *