Tips pemakaian ketika Melancong

Wanita kini sangat bijak bergaya, mereka juga lebih bijak untuk ‘mix and match’ sehinggakan pakaian tersebut dilihat sangat vogue dan menawan sekali terutama ketika ke majlis-majlis atau pun sambutan tertentu. Tidak lupa juga pakaian yang mereka gayakan ketika melancong sama ada dalam mahupun luar negara. Namun begitu, sesetengah wanita masih dilihat ada yang keliru apa yang perlu digayakan dan sesetengah pula ada yang terpaksa membeli pakaian baru kerana pakaian yang dibawa tidak sesuai apetah lagi selesa. Kan dah membazir betul tak? Sebab itu mama reen nak kongsi sikit tips pakaian apa yang sesuai dan patut awak bawa ketika melancong selain dapat jimatkan ruang beg takdelah ualls pening dan rasa nak bawa satu almari. Di bawah sedikit tips untuk anda, semoga serba sedikit dapat membantu!

1. Kasut yang selesa

Memandangkan banyak berjalan, anda perlu memilih kasut yang paling selesa dan tidak menyakitkan kaki. Elakkan memakai kasut yang bertumit tinggi kerana boleh menyebabkan kaki melecet dan sakit tulang belakang.

2. Kemeja-T tidak berkedut

Selesa, kemas dan sesuai untuk sebarang tempat dan acara. Tidak perlu bersusah-payah seterika untuk tampil kemas bergaya.

3. Gaun labuh

Sesetengah destinasi misalnya pergi ke pantai memerlukan anda bergaya santai dan selesa melangkah. Gaun labuh fabrik ringan dan selesa sesuai digayakan di kawasan pantai dengan tiupan bayu menyegarkan.

4. Cardigan

Anda patut membawa cardigan kerana boleh digunakan untuk menghangatkan tubuh dalam cuaca sejuk selain boleh gayakan bersama gaun, t-shirt lengan pendek anda.

5. Pakaian Longgar

Bagi memudahkan anda untuk bergerak dengan lebih bebas, adalah baik sekiranya anda tidak memakai pakaian yang ketat dan disarankan memakai pakaian yang longgar serta menyerap peluh agar percutian anda berjalan dengan lancar.

6. Hijab ringkas

Hijab yang ringkas adalah amat digalakkan lebih-lebih lagi dengan jadual perjalanan dan aktiviti percutian yang kadang kala mungkin agak padat, jadi adalah lebih baik menggayakan hijab dengan lebih ringkas, ini adalah untuk keselesaan anda, dan mudah bergerak ketika anda sedang beraktiviti.


Credit : https://www.bharian.com.my/wanita/fesyen/

Credit : https://blog.my-baju.net

 

 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *