6 Koleksi Terbaru Cardress (Cardigan + Dress) by Qasreena

Assalamualaikum semua.. Dulu korang pernah dengar pasal Naura Cardigan je kan? untuk pengetahuan korang Naura Cardigan masih available dan Mama Reen sentiasa Restok setiap bulan atas permintaan yang tinggi. Tapi hari nie Mama Reen bukan nak membebel pasal Naura Cardigan tapi pasal Cardress!!

Korang tau ke Cardress tu apa? mesti tak pernah dengar kan? Apalah Cardress nie kan? Meh nak habak!! musim raya nie Mama Reen keluarkan koleksi terbaru raya.. jadi Mama Reen pun keluarkan lah 6 koleksi Cardigan two pieces dengan inner di dalam.. ala-ala dress gitu.. di sebabkan Cardigan & dress di gabungkan, Mama Reen pun terfikir nak namakan dia Cardress.

Apa yang menarik tentang 6 koleksi Cardress Mama Reen nie, sebab semuanya mempunyai design yang berbeza dan yang paling penting design nie Mama Reen design sendiri!! bangga kan? xdak tempat lain tau!! yang paling penting lagi tau kenapa? kalau korang beli Cardress nie, korang tak menyesal sebab banyak fungsinya.. Mama Reen bagi cadangan ye!! korang boleh pakai sepasang satu set, korang boleh gayakan cardigan dengan jeans & tshirt atau dengan skirt.. atas kreativiti je lah senang dan ikot keselesaan korang. Mudah sangat tau!! tengah kelam kabut bangun lambat nak hantar anak sekolah, sarung je baju tidur dengan cardigan tu, dah boleh hantar anak ke sekolah, confirm nampak cantik.. oppss, Mama Reen selalu sangat kelam kabut nak bersiap, ada baby faham-faham la kan.. nak melawa pun susahkan. Tapi jangan risau, dengan Cardress nie, tak cukup masa pun mudah je nak nampak cantik. Sarung je terus nampak lawa. Bagi yang ada baby macam Mama Reen tak usah pening fikir nak menyusu anak sebab semua cardress Mama Reen nie “Nursing Friendly” tau.

Koleksi 6 cardress Mama Reen namakan dengan nama yang awesome!! Airis Cardress, Kesyha Cardress, Sakeena Cardress, Jasmin Cardress, Orkid Cardress dan Batrisya Cardress.

Airis Cardress

Kesyha Cardress

Sakeena Cardress

Jasmin Cardress

Orkid Cardress

Batrisya Cardress

 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *