Tips Menyambut Kedatangan Ramadhan

 

Bulan puasa bakal tiba tidak lama lagi! Alhamdulilah masih diberi rezeki untuk bertemu dengan bulan berakah ini. Sebagai tanda syukur kita seharusnya bersiap sedia untuk kedatangannya. Disini mama reen ingin kongs sedikit tips ringkas sebagai penyediaan bulan puasa. Harapnya sama-sama boleh kita manfaatkan. InsyaAllah! ???

1. Perbanyakkan doa dan taubat

Perbanyak taubat, jauhi maksiat dan sentiasa berdoa agar dosa-dosa kita diampunkan dan mendapat menjalani ibadah puasa dengan hati yang bersih.

Boleh mengamalkan doa ini:

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ

maksudnya : Maksudnya: “Ya Allah ya Tuhanku, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’aban dan sampaikan (Hidupkan) kami ke bulan (sehingga) Ramadhan”. (HR Baihaqi)

2. Tingkatkan Ilmu agama

Dalami ilmu agama terutamanya yang berkenaan dengan puasa contohnya hukum-hakam dan fadhilatnya. Jika ada kemusyikilan, jangan malu atau segan untuk merujuk kepada mereka yang lebih arif contohnya Ustaz.

3. Eratkan Silatulrahim

Ini merupakan masa yang sesuai untuk memperkukuhkan hubungan silatulrahim dan bermaaf-maafan dengan kedua ibu bapa, suami/isteri, adik-beradik, sahabat handai dan mereka yang dimusuhi.

4. Persiapan Harta

Mulailah dari sekarang menghitung zakat mal keluarga kita dan seboleh mungkin membayarnya pada awal Ramadhan. Jangan tunggu sehingga penghujung Ramadhan. Jika ada rencana mengadakan buka puasa bersama dengan mengundang jiran dan rakan-rakan, mulailah persiapkan agenda dan bajet untuk ini. Ajar anak-anak untuk mulai menabung dari sekarang untuk rencana bersedekah pada bulan Ramadhan nanti.

5. Persiapan Fizikal & Mental

Ibaratnya ingin menyambut tetamu yang sangat istimewa, seisi rumah haruslah dalam keadaan yang juga istimewa. Minta seluruh ahli keluarga untuk menjaga kesehatan mereka, salah satunya dengan memperbanyakkan pemakanan sehat dan bergizi.

Latih diri dan keluarga untuk berpuasa dengan berpuasa sunnat. Tingkatkan jadual tadarrus Al-Qur’an dan biasakan anak bangun lebih awal (sejam atau setengah jam sebelum subuh) dengan mengajaknya solat bersama.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dalam keadaan penuh keimanan dan “ihtisab” , maka akan diampunkan baginya dosanya yang terdahulu, dan barangsiapa menghidupkan malam al Qadr (Lailatul Qadar) dalam keadaan penuh keimanan dan “ihtisab” , maka akan diampunkan baginya dosanya yang terdahulu.” (Abu Dawud: 1372)

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Barangsiapa berpuasa Ramadhan kerana iman dan mengharapkan pahala, diampuni dosanya yang telah lalu.” (Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim).

Insya-Allah, dengan semua persiapan ini, semoga kita dikurniakan ganjaran yang besar di dalam bulan Ramadhan nanti.

Selamat Menyambut kedatangan bulan ramadhan dari mama reen. #qasreenlovers

credits:/5-tips-persiapan-menyambut-ketibaan-ramadhan/eztakaful