Tips Pakaian Muslimah Bagi Wanita Rendah

Tidak semua orang yang dianugerahi tubuh tinggi dan menarik. Beberapa orang diantaranya mungkin mempunyai tubuh yang cenderung terlihat lebih rendah. Namun, bagi korang yang bertubuh rendah, maka tidak ada alasan bagi korang untuk tetap tampil cantik, apalagi dengan menggunakan pakaian muslimah.

Bagi korang yang mencari maklumat yang sesuai untuk memilih pakaian Muslimah yang sesuai dengan wanita yang rendah, maka korang boleh menggunakan beberapa tips di bawah. Tetapi ingat, dalam pakaian muslimah korang perlu menguatkan dan sentiasa mengemas niat korang dalam pakaian muslimah, bukan kerana suka-suka atau trend.



Gunakan warna pakaian yang monokrom
Pilih baju Muslimah yang satu warna, atau antara top dan bottom masih mempunyai hubungan warna. Menggunakan satu warna dalam pakaian, akan menarik perhatian tubuh korang kelihatan lebih memanjangkan untuk memberikan gambaran ilusi yang tinggi. Sebaliknya, jika korang menggunakan banyak warna, ia akan menghapuskan kesannya. Oleh itu, korang harus memilih warna atasan, bawahan, dan tudung serupa.

Hasya Blouse by Qasreena Malaysia

Gunakan skirt panjang berbentuk A
Korang harus memilih skirt berbentuk A yang tidak terlalu luas dan juga tidak terlalu besar. Menggunakan skirt ini juga boleh memberikan kesan yang tinggi kepada korang. Sebaiknya korang harus memilih warna skirt yang sesuai dengan baju yang korang pakai.

Thalia Kurung by Qasreena Malaysia

Hindari banyak corak
Dalam memilih pakaian untuk kegunaan korang, elakkan memilih baju yang banyak corak dan corak besar. Kerana badan korang akan nampak sangat kontra dengan banyak corak. Ini akan menyebabkan korang nampak semakin pendek. Ini terutamanya apabila korang memilih menggunakan jubah. Sekiranya memilih jubah,pilih yang mempunyai corak jalur tegak supaya ia akan menarik perhatian badan yang kelihatan lebih tinggi.

 

Gunakan kasut bertumit tinggi
Memakai high heels adalah cara yang baik untuk menyamarkan badan korang yang rendah. High heels akan menjadikan korang lebih tinggi daripada biasanya. Walau bagaimanapun, mungkin tidak semua orang suka menggunakan high heels. Oleh itu, korang perlu memilih kasut tumit yang lebih tinggi dan selesa untuk korang berjalan. Sudah tentu Mama Reen memilih kasut dengan jenis ketinggian tumit yang Mama Reen suka. Tetapi ingat, walaupun korang suka memakai high heels, jangan terlalu berlebihan dalam memilih ketinggian.



Hindari menggunakan beg yang terlalu besar
Beg adalah aksesori fesyen yang cukup menjejaskan penampilan korang. Korang dinasihatkan untuk tidak menggunakan beg yang terlalu besar kerana beg yang terlalu besar akan kelihatan “memakan” korang. Gunakanlah beg kecil dan seimbang dengan saiz badan korang.

Itulah tips-tips yang korang boleh praktik dalam memilih pakaian muslimah bagi mereka yang mengalami kesukaran kerana badan yang rendah. Sekiranya korang seorang wanita muslim, maka memakai pakaian muslimah dan bertudung adalah kewajiban kita. Oleh itu, untuk melaksanakan tanggungjawab ini, tidak kira tubuh yang tinggi atau pendek,kita harus tetap menjalaninya.

Off Season Sale

Bagi peminat setia Qasreena, Mama Reen ada berita baik untuk korang semua!! excited dah Mama Reen nak bagitahu nie..hahaha. Untuk pengetahuan korang pada 25/1/18 sehingga 31/1/18, Qasreena akan mengadakan promosi OFF SEASON SALE untuk kosongkan stor. Korang tahu tak kenapa Qasreena nak kosongkan stor?? sebanyak 38 Koleksi Baru akan dikeluarkan pada bulan Februari dan Mac 2018!! Excited tak??

Promosi diadakan selama seminggu je tau!!

Apa yang istimewanya.. Naura cardigan yang hot selling tu akan ada diskaun sehingga 40%. Mama Reen yakin, macam pisang goreng la Naura Cardigan kena Grab dekat customer Mama Reen. Bukan tu je tau.. hampir kesemua koleksi ada promosi yang menarik .. So korang kena lah datang grab koleksi idaman korang tu.

Apa jauh? Ala, yang jauh korang jangan risau, sebab promosi ni dibuka untuk pembelian secara online & retail. Jadi korang yang jauh pun masih boleh grab koleksi QASREENA dengan harga promosi OFF SEASON SALE!! cuma korang kena cepat je!! Stok adalah terhad!!

Dekat sini Mama Reen belanja sikit harga-harga promosi utk OFF SEASON SALE ni.. kalau korang nak tengok harga semua promosi, korang just ke http://www.qasreena.my je..

 






Sekian sahaja dari Mama Reen. Jangan lupa tau temujanji kita pada 25/1/18 sehingga 31/1/18 bermula pada pukul 11.00 pagi sehingga 9.00 malam.

Kenali 4 Jenis Kain Untuk Buat Pakaian

Apabila nak beli shawl, blouse, jubah atau dress secara online, Mama Reen selalu menitikberatkan jenis kain. Bukan apa, ada sesetengah baju memang longgar, tudung memang labuh, tapi melekat pada badan dan mungkin ada yang jenis kain jarang. Jadi, masih tak tepati syariat kalau macam tu. Jenis kain tu memainkan peranan untuk memilih baju atau pakaian yang menutup aurat dengan sempurna. Jadi, kita perlu kenal jenis kain sebelum membeli sesuatu jenis pakaian secara online. Kalau beli kat kedai atau butik takde masalah, sebab kita boleh tengok, pegang dan cuba terus depan mata.



Jom kenali jenis kain untuk buat shawl, blouse, jubah atau dress

1.KAIN COTTON

Diperbuat daripada serat kapas. Kapas membolehkan kulit untuk bernafas dengan baik. Kain jenis ini merupakan jenis fabrik yang amat sesuai untuk dipakai dengan iklim cuaca panas dan lembab macam kat Malaysia. Banyak dijadikan bahan untuk membuat blouse, jubah, selimut dan sebagainya. Ia juga senang untuk dicuci.

Ciri-ciri kain cotton:

  • sejuk dan mudah menyerap peluh.
  • kain rasa sejuk di kulit dan sedikit keras.
  • kain akan rosak apabila direndam lebih daripada 2 jam.
  • kotoran dari makanan dan minyak akan mudah hilang dengan menggunakan pencuci pakaian.
  • boleh dicuci atau di dry clean
  • apabila dibakar baunya seperti kertas terbakar, hasil pembakarannya akan menjadi abu.

Ada pelbagai jenis kain cotton. Berikut adalah sebahagian jenis kain cotton yang popular dalam pembuatan pakaian.

Feeka Blouse by Qasreena Malaysia

i) Cotton Jepun (Japanese Cotton) – Kain cotton yang paling eksklusif kerana sifatnya yang halus, ringan dan berkualiti. Sekilas pandang sama seperti cotton biasa, tetapi jika diperhatikan secara teliti ia mempunyai ciri khusus seperti:

  • pada bahagian sisi hujung kain terdapat tulisan “japan design” dan atau terdapat kod warna pada kain tersebut.
  • daya menyerap peluh lebih bagus.
  • harga lebih mahal daripada kain cotton lain di pasaran.
  • permukaan kain lebih halus.
  • warna lebih awet dan tahan lama.
  • sering digunakan untuk blouse wanita, gaun, jubah, telekung dan sebagainya.

ii) Cotton Silk – Cotton jenis ini ada 2 jenis iaitu yang nipis dan tebal. Ciri-ciri kain cotton ini adalah:

  • permukaan kain lebih kilat.
  • harga sedikit lebih mahal di atas cotton biasa, namun tidak semahal cotton Jepun
  • daya serap peluh paling rendah.
  • warna kilatnya tahan lama meskipun sering dicuci.

iii) Cotton biasa

  • motifnya macam-macam: biasa, garis, kotak, bunga atau abstrak.
  • harga lebih murah.
  • daya serap peluh sederhana.
  • warnanya tahan lama meskipun masih dibawah cotton Jepun

Ada juga jenis cotton yang lain seperti Cotton Paris dan Cotton Minyak.



2.KAIN CHIFFON

Biasanya diperbuat daripada sutera, kapas dan sintetik fiber. Chiffon mempunyai tekstur yang lembut, beralun dan ringan. Chiffon sesuai dibuat gaun, riben, pakaian dalam, pakaian tradisional dan moden. Oleh kerana sifatnya yang tembus cahaya (transparent) biasanya chiffon dilapisi dengan kain pelapik (lining) sama ada dari kain satin atau kain lapisan dalam yang lain.

Teksturnya yang lembut juga didatangi dengan satu warna, gabungan 2 atau lebih warna sama ada terang atau lembut. Antara jenis chiffon di pasaran:

i) Chiffon Sutera – Menjadi pilihan untuk tudung dan shawl kerana dilhat dari segi keselesaan kepada pemakainya dan juga berkualiti. Harganya agak mahal dan memerlukan penjagaan yang lebih rapi dan cuciannya memerlukan cucian kering. Hasil buatannya halus dan diminati ramai.

ii) Chiffon Georgette – Fabrik ini adalah gabungan fabrik chiffon dan georgette. Menjadi pilihan ramai kerana lebih mudah dari segi penjagaan dan juga dari segi bajet ianya lebih murah berbanding chiffon sutera. Penjagaannya mudah dan boleh dicuci dengan air.

iii) Double Chiffon – Kain lebih tebal dan kurang tembus cahaya berbanding kain chiffon biasa.

iv) Chiffon Plain – Menjadi pilihan kepada mereka yang tidak suka corak pada kain.

Nayla Basic Shawl by Qasreena Malaysia

Ada juga chiffon yang lain seperti Chiffon Goldline, Printed Chiffon, Chiffon Paisley, Chiffon Tribal, Viscose Chiffon, Polyester Chiffon, Silk Chiffon, Cerutti Chiffon, Paris Chiffon, Crepe Chiffon dan Blend Chiffon.

 

3.CREPE

Sejenis kain nipis dan lembut daripada sutera dengan permukaan yang bergerutu, mudah dijaga dan tidak berkedut. Ia dihasilkan melalui teknik alternate S and Z twist di mana benangnya dipintal dengan kesan berkerut.Fabrik crepe ini bersifat jatuh.Ianya senang untuk dibentuk, fabrik yang selesa dan tidak panas.Malah sesuai juga dijadikan blouse, jubah, baju melayu lelaki dan lain-lain.

Calya Blouse by Qasreena Malaysia

Fabrik crepe ini juga terdapat banyak jenis seperti:

i) Como Crepe:

Kain jenis ini sangat di gemari oleh peminat jubah di Malaysia.Materialnya lembut dan tidak panas.Kain nya agak berat berbanding kain satin.Material como crepe tidak jarang, dan tidak mudah berkedut.

Ciri-ciri kain como crepe yang berat membuatkan si pemakai nampak agak kurus ketika menggayakannya. Kain como crepe mempunyai banyak pilihan warna daripada warna-warna gelap sehingga pilihan warna-warna terang. Kain como crepe adalah material washable dan perlukan light ironing sebelum di pakai.


ii) Moss Crepe

Fabrik Moss Crepe ini juga mempunyai peminat yang tersendiri kerana kelebihannya yang tidak perlu di gosok.

  • Materialnya yang lebih lembut berbanding kain como crepe membuatkannya lebih sedap dan sejuk di pakai.
  • Material jenis ini lebih nipis berbanding como crepe tetapi tidak jarang dan selamat.
  • sesuai di buat jubah, blouse dan cardigan panjang.
Naura Cardigan by Qasreena Malaysia

Kain jenis ini juga seperti como crepe, bersifat berat dan jatuh membuatkan si pemakai tampak lebih slim ketika mengenakannya. Pilihan warna untuk moss crepe juga banyak, ada juga yang dual tone. Material ini tidak turun warnanya ketika basuh dan langsung tidak perlu di gosok. Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang memangku anak.

 

4.DULL SATIN

Fabrik ini jika di bandingkan dengan satin-satin jenis yang lain, material nya tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal. Kain dull satin jenis ini berasal daripada Korea. Dull satin ini ada 2 jenis iaitu valentro dan heavy valentro, jenis kain ini di kategorikan mengikut berat dan ketebalan masing-masing. Kain valentro adalah jenis ‘washable’ dan perlu di gosok untuk kelihatan lebih rapi.Ciri-ciri kain jenis dull satin:

  • Material ini tidak bersinar seperti satin tetapi lembut dan sedap dipakai.
  • Sejuk kainnya.
  • Menyerap peluh.
  • Nama lain bagi kain jenis ini ialah cotton valentino
Luna Kebaya Peplum by Qasreena Malaysia

Tips Fesyen Muslimah Ke Pejabat

Bercakap tentang pakaian ke pejabat, adakah korang sering mengalami masalah dalam memilih pakaian ke pejabat? Apatah lagi sekiranya korang adalah wanita yang baru start bekerja di office kan. Susahkan nak buat pilihan, samada seluar atau kemeja, blouse atau dress? Takpa, kali ini suka untuk Mama Reen berkongsi tentang tips pakaian ke pejabat/ office korang dengan nampak lebih sopan dan elegen. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang berjumpa dengan ramai orang. Macam mana caranya? Ha mudah sahaja! Pakailah pakaian tradisional melayu. Nak cakap tradisional sangat tu takda la sangat, tapi boleh dikategorikan dalam pakaian melayu juga. Ianya sangat mudah, smart dan sopan. Sebagai contoh, seperti baju kurung pesak, jubah ataupun baju kurung moden malahan blouse muslimah juga merupakan pakaian yang sesuai digayakan ke pejabat.

Myra Blouse by Qasreena Malaysia
  • Dua warna adalah pilihan yang paling baik bagi wanita bekerjaya untuk memilih pakaian ke pejabat. Warna yang paling maksimum adalah tiga warna. Jika korang memakai pakaian melebihi tiga warna, kesannya sangat kurang sesuai.
  • Kain berkilat atau mengikut bentuk badan seperti satin dan chiffon kurang sesuai dipakai ke pejabat. Lebih baik korang gunakan fabrik yang memberi keselesaan seperti fabrik kapas atau yang mempunyai campuran kapas.
Fatima Kurung by Qasreena Malaysia
  • Bagi yang enggan memakai pakaian barat seperti blouse dan kemeja, pakaian tradisional seperti baju kurung adalah pilihan yang terbaik. Baju kurung hendaklah dengan kombinasi warna yang sesuai dan tidak mempunyai manik dan labuci yang banyak.
  • Pilihan pakaian tidak seharusnya terikat dengan fesyen tertentu atau warna tertentu saja kerana ia akan membuat dunia fesyen untuk ke pejabat menjadi hambar dan tidak mendatangkan semangat ketika bekerja. Korang akan kelihatan anggun dengan warna semulajadi. Pilihan yang paling sesuai ke pejabat adalah seperti warna krim, hitam, coklat, kelabu ataupun biru tua.
  • Bagi tampil profesional ke pejabat, korang sebaik-baiknya menghindari motif flora dalam berpakaian. Motif biasa dengan warna tegas akan memberikan kesan lebih profesional dan lebih mudah untuk disuai padan.
  • Fesyen bukan saja membabitkan pakaian tetapi juga pemilihan aksesori yang tepat dan warna kasut yang sesuai serta gaya ikatan tudung dan gaya mengemaskannya.



  • Sebaiknya elakkan memakai tudung yang bermotif serabut ke pejabat. Tetapi tidak harus yang biasa kerana korang tetap memerlukan variasi agar tidak kelihatan membosankan. Pilihan terbaik adalah memakai tudung yang mempunyai sedikit motif di tepinya.
  • Untuk tudung pilih warna yang lembut dan elakkan warna putih biasa kerana akan membuatkan korang seperti memakai seragam sekolah di samping cepat kotor.
Marwa Blouse by Qasreena Malaysia

Ini adalah sedikit sebanyak tips yang dapat dikongsikan kepada korang dalam pemakaian ke pejabat. Tak dilupakan juga jika korang mempunyai keyakinan yang tinggi dan mempunyai tubuh badan yang langsing dan ketinggian yang ideal, tampil ‘smart’ dengan menggayakan koleksi seluar slacks korang bersama padanan blouse muslimah. Atau untuk keselesaan yang lebih ideal sepanjang hari,korang boleh tampil bergaya dengan koleksi palazzo pants yang loose dan trendy dengan padanan kemeja atau blouse Muslimah yang bersesuaian.