Merdeka Raya Sale

As usual, bulan Ogos adalah bulan KEMERDEKAAN dan untuk tahun 2017 adalah merupakan ulangtahun kemerdekaan buat Malaysia yang ke-60.

 

MERDEKA!

MERDEKA!

MERDEKA!

 

Selain kita menyambut merdeka, tahun ni Raya Haji juga jatuh pada tarikh yang rapat dengan tarikh merdeka. Disebabkan kita akan ada 2 celebration yang dekat-dekat ni, Mama Reen nak ANNOUNCE something for uols!

 

MERDEKA RAYA SALE!

Yeay! Bermula hujung bulan OGOS ni Qasreena akan buat BACK TO BACK MERDEKA RAYA SALE untuk semua PEMINAT setia Qasreena! Rugi kalau anda semua tak GRAB peluang ni untuk beli semua KOLEKSI Qasreena yang anda dah lama simpan dalam WISH LIST tu.



SALE akan start dari 25 – 30 Ogos 2017 SAHAJA! Jadi plan lah dengan TEPAT bila anda nak membeli-belah di Qasreena bermula dari Baju Kurung, Jubah, Shawl dan banyak lagi koleksi Qasreena. Mama Reen plan nak buat SALE kaw-kaw sampai anda ada TERLAMPAU banyak pilihan yang nak dibeli.

 

Mama Reen tak sabar dah ni nak jumpa anda semua di butik Qasreena. Janganlah risau kalau KESAYANGAN Mama Reen tak dapat beli dari butik, sebabnya boleh tempah dengan official Personal Shopper Mama nanti tau. So dah boleh buat REMINDER dekat handphone & note book SEKARANG tau supaya tak terlepas nanti. Mama Reen belanja sikit lah koleksi apa yang akan AVAILABLE masa SALE nanti.

Team Qasreena mengundur diri!

#XOXO

The People Behind Qasreena

SIAPA KEKUATAN QASREENA?

Siti Afiqah Hamzah atau nama panggilan Kak Fika bagi pekerja di Qasreena berasal dari Masjid Tanah, Melaka dan merupakan seorang graduan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang Sarjana Muda Sains Teknologi (Kimia). Walaupun masih muda, beliau sebenarnya adalah CEO dan tulang belakang bagi sebuah butik muslimah yang terletak di Bangi Sentral, Bangi iaitu Qasreena.

 

Founder Pn Siti Afiqah Menggayakan Thalia Kurung

Untuk penggemar pakaian muslimah di Malaysia mesti sudah sedia maklum bahawa Bangi Sentral adalah kawasan HOT SPOT bagi butik-butik fesyen muslimah. Seperti yang kita lihat, Bangi Sentral adalah kawasan yang pesat membangun dengan kehadiran butik-butik ini dan tidak salah percaturan ibu kepada dua cahayamata ini membuat keputusan untuk membuka butik Qasreena di Bangi Sentral.



Satu lagi orang penting Qasreena ialah Safiudin Nordin, suami kepada CEO Qasreena adalah Head of Marketing di Qasreena. Cik Din, panggilan yang sering dipanggil oleh pekerja beliau merupakan graduan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang Pentadbiran Awam dan berasal dari Janda Baik, Pahang. Beliau bertanggungjawab bagi menyelia dan merangka segala strategi pemasaran dan juga jualan di dalam organisasi Qasreena

En Safiudin atau orang kata KLON Jep Sepahtu

Mereka berkahwin pada tahun 2012 dan sekarang mempunyai dua orang putera yang comel iaitu Harraz dan Harriz.

Sesi Photoshoot Model, tetapi mereka pula yang bergambar

TERTUBUHNYA QASREENA COLLECTION

Tahun : 2015
Konsep : Rangkaian pakaian muslimah mengikutfesyen terkini dan patuh SYARIAH.
Produk : Baju kurung, Blouse, Naura Cardigan (Cardigan Labuh),Dress, Jubah & Shawl.
Website : www.qasreena.my
Instagram : Qasreena Collection
Facebook : Qasreena Collection
Youtube : Qasreena Boutique

 

So that’s all pengenalan kita untuk hari ni! Next article kita akan keluarkan article yang BEST untuk dibaca. Jangan lupe follow update kami dari Qasreena. Team Qasreena mengundur diri!

 

#teamqasreena